Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORBAN 2022: PERDAUS

Hasil projek korban turut biayai program dakwah, kerja kemasyarakatan

May 27, 2022 | 05:00 AM



SABAN tahun, Perdaus mengajak masyarakat Islam Singapura meraikan sambutan Aidiladha dengan melaksanakan ibadah korban di luar negara yang menjadi alternatif di masa kini.



Walaupun berdepan dengan pandemik sejak dua tahun lalu, Perdaus terus mendapat sokongan masyarakat dalam menjayakan projek korban dengan jumlah ratusan kambing dan lembu yang sudah ditempah.



Menurut Eksekutif Kanan Perkhidmatan Korporat Perdaus, Cik Khatim Hamidon, pihaknya amat bersyukur dengan sambutan yang diterima dari masyarakat setempat selama ini.



"Kami sangat bersyukur dan mengharapkan sokongan berterusan daripada masyarakat untuk sama-sama menegakkan ibadah ini, yang hanya ditunaikan setahun sekali.



"Selain membuka peluang membantu masyarakat yang lebih memerlukan, ia juga menjadi satu usaha untuk menegakkan syiar ibadah korban.



"Justeru, masyarakat Islam Singapura daripada pelbagai latar belakang dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna mengikut kemampuan masing-masing.



"Projek korban secara tahunan ini juga dilaksanakan sebagai usaha mengumpul dana, dengan sebilangan hasil projek korban akan disalurkan bagi membiayai program dakwah dan kerja kemasyarakatan Perdaus," kata Cik Khatim.



Bagi projek korban di Indonesia, ia akan diuruskan oleh sebuah organisasi pengendalian korban Indonesia, Lembaga Manajemen Infaq LMI), yang sudah lebih 10 tahun bekerjasama dengan Perdaus.



LMI juga merupakan badan kebajikan kerja kemanusiaan di sana, dan akan mengagihkan daging kambing untuk ibadah korban di kawasan Malang, Jawa Timur.



Seekor kambing berharga $185 ini boleh juga diniatkan sebagai akikah, nazar atau infak pada harga yang sama.



Kambing akan disembelih dan diagihkan ke penduduk kampung yang miskin di kawasan tersebut.



PROJEK INFAK BERAS DAN WAKAF AL-QURAN



Selain berkorban, Perdaus juga memberi peluang bagi penderma Singapura mendapatkan pakej korban dan wakaf Al-Quran yang berharga $200.



Melalui kendalian pakej 'Dompet Al-Quran' ini, masyarakat Islam Singapura boleh mewakafkan Al-Quran bagi mereka yang memerlukan di Indonesia iaitu satu mushaf berharga $18 atau tiga mushaf bernilai $45.



Bagi umat Islam yang berhajat untuk menginfak beras, mereka boleh menginfak sebanyak 10 kilogram (kg) beras berharga $18 atau 30 kg beras berharga $45.



Sebagai langkah menyokong komoditi tempatan, pihak LMI membeli beras daripada petani di sana.



Melalui kempen infak ini, pengagihan akan tertumpu kepada golongan keluarga yang memerlukan.



DAGING LEMBU DARI KEMBOJA



Di Kemboja pula, Perdaus bekerjasama dengan Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Islam Kemboja (IDEA) untuk menjalankan amanah tempahan korban yang akan disembelih pada Hari Tasyrik.



Sebahagian lembu ditawarkan dengan harga $155, manakala seekor lembu pula berharga $995. Jumlah lembu untuk projek korban di Kemboja adalah terhad.



Ia akan dilangsungkan di sekurang-kurangnya dua wilayah dan dagingnya akan diagihkan kepada penduduk-penduduk kampung masyarakat Islam yang memerlukan.



Dengan harga $1,035 pula, peserta boleh memilih seekor lembu berserta menaja barangan asas untuk satu keluarga di Kemboja.



STOK KAMBING BIRI-BIRI AUSTRALIA



Daging korban kambing biri-biri dan lembu dari Australia pula akan dibekukan dan diterbangkan dari Australia.



Daging tersebut dianggarkan tiba di Singapura dua minggu selepas Aidiladha. Pengendali korban Perdaus di Australia, adalah syarikat tempatan A2A Global.



Untuk seekor kambing biri-biri, ia berharga $345 dan dagingnya dianggarkan seberat 17 hingga 20 kg. Daging akan dipotong kecil-kecilan, dibungkus secara vakum dan dihantar dalam beg sejuk.



Peserta dan penderma juga boleh memilih untuk menerima kesemua daging atau dua pertiga bagian sahaja.



Sepertiga akan didermakan di Singapura, dan Perdaus akan mengedarkan daging ini kepada keluarga-keluarga tempatan yang berpendapatan rendah dan juga pekerja-pekerja asing di dormitori.



Selain itu, Perdaus turut menyediakan korban kambing biri-biri Australia berharga $320, dan daging korban tersebut akan dibekukan dan dihantar ke Palestin.



Peserta juga akan mendapat sekotak kurma Ajwa bagi setiap tempahan kambing untuk Palestin. Stok kambing untuk Palestin adalah terhad.




CARA BUAT TEMPAHAN



  • Lungsur ke https://swiy.co/bhperdausqurban

  • Hubungi Pegawai Projek di Perdaus, Ustaz Raja di talian 8127-3729.

  • Untuk ke pejabat Perdaus, sila buat janji temu melalui talian 6513-2300 atau 8127-3729.

  • Perdaus terletak di Blok 364 Bukit Batok Street 31 atau Blok 125 Bedok North Road.

  • Perdaus menerima pelbagai cara pembayaran, termasuk tunai dan dalam talian.

  • Tarikh tutup pendaftaran bagi tempahan korban adalah 5 Julai 2022 atau selagi stok masih ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >