Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM WATAN

Hasrat pertingkat kemahiran pemasaran digital tercapai

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



Bekas kakitangan hotel raih manfaat daripada Program YouthTech bina kemahiran dalam bidang teknologi, digitalisasi Pandemik Covid-19 telah mempercepat penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan harian, dengan kemahiran digital kian penting. Demi membantu golongan belia yang berminat membina kemahiran teknologi dan digitalisasi, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC) melancarkan program YouthTech. BERITA MINGGU memaparkan kisah dua belia yang menyertai program itu.



SELEPAS kontrak kerjanya sebagai eksekutif pemasaran di sebuah hotel berakhir pada Februari 2019, Cik Nur Elyna Zulkifli mula terfikir tentang kerjaya seterusnya yang ingin diceburi.



Namun, pandemik Covid-19 melanda dan Cik Elyna mendapati acara yang dahulunya diadakan secara fizikal mula beralih kepada dunia digital.



Dari situ, beliau terpanggil mahu mempertingkat kemahiran pemasaran digitalnya dan menemui Program YouthTech tidak lama selepas itu.



Program itu, yang dilancarkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) bersama Majlis Belia Kebangsaan (NYC), memberi peluang latihan sepenuh masa membina kemahiran dalam bidang teknologi dan digitalisasi dalam sektor masyarakat dan sosial kepada lulusan muda dan orang dewasa sehingga berusia 35 tahun.



Cik Elyna, 26 tahun, dipadankan sebagai pelatih pemasaran digital bersama Yayasan Warisan Melayu (MHF) di bawah program itu selama setahun sejak Mac lalu.



"Terdapat pelbagai kursus latihan yang sedia ada seperti rekaan, pengekodan dan sebagainya. Strukturnya juga agak fleksibel, mereka tidak menetapkan latihan yang wajib dan oleh itu, saya bebas menentukan apa yang ingin saya sertai.



"Saya memilih belajar tentang pengurusan media sosial - sesuatu yang saya minati. Program ini juga ada sesi pakar yang sedia ada melalui Zoom di mana anda boleh bertanyakan soalan mengenai tajuk khusus," katanya.



Sebagai pelatih pemasaran digital, Cik Elyna bertanggungjawab mempromosi akaun media sosial, laman dan risalah MHF untuk memaklumkan pengikut mereka tentang kegiatan yang bakal diadakan.



Bersama seorang rakan pelatih program itu yang membuat rekaan grafik, mereka bekerjasama bagi memastikan tugas yang diberikan disiapkan tepat pada masanya.



Cik Elyna menambah bahawa sebahagian tugasnya adalah memastikan acara yang diadakan berjalan lancar, daripada bekerja rapat dengan vendor hingga memastikan acara siaran langsung dalam talian bermula tepat pada masanya dan menjadi moderator bagi chat dan sesi soal jawab siaran langsung.



Beliau berkata latihan yang disertai dalam program itu membantunya dalam menjalankan tugas dengan baik.



Misalnya, beliau telah memanfaatkan latihan yang mengajar tentang strategi 'corong' pemasaran, iaitu alat untuk melakar strategi kempen dalam talian bagi sebuah kempen pengumpulan dana.



Baru-baru ini, Cik Elyna berkata beliau diberi satu tugas mencabar, iaitu dikerahkan sebagai pegawai media bagi acara Hari Warisan yang dihadiri Presiden Halimah Yacob sebagai tetamu terhormat.



Beliau ditugaskan menulis kenyataan media bagi acara itu yang memerlukan kelulusan daripada Istana dan mengendalikan pertanyaan wartawan - satu pengalaman yang amat baru buatnya.



"Ini merupakan cabaran terbesar sejauh ini, kalau tidak semuanya lancar dan tiada masalah.



"Mungkin disebabkan saya ada pengalaman dalam pemasaran sebelum ini, sebahagian tugas saya terasa biasa bagi saya, dan bagi bahagian lain yang saya kurang pasti, seperti merancang kempen pengumpulan dana, saya akan meminta bimbingan rakan sekerja," katanya.



Cik Elyna berkata kemahiran digital sangat penting, terutamanya semasa pandemik ini.



"Pandemik telah mempercepat keperluan memiliki alat (teknologi). Malah, nenek saya juga mahu miliki tablet untuk membaca berita.



"Menukar (kerjaya ke dalam bidang teknologi dan digitalisasi) penting jika anda mahu terus bekerja dalam 10 tahun mendatang atau mara di tangga korporat. Tentu sekali ia satu kemahiran yang perlu kita raih," katanya.




"Menukar (kerjaya ke dalam bidang teknologi dan digitalisasi) penting jika anda mahu terus bekerja dalam 10 tahun mendatang atau mara di tangga korporat. Tentu sekali ia satu kemahiran yang perlu kita raih."
- Cik Nur Elyna Zulkifli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >