Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Helang Dan Gagak

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



Pagi ini riuh-rendah raung gagak

memecah sunyi sangat memekak



Aku yang sedang mandi

jadi tak tenang

kata isteriku ada satu

kejadian malang



Maka aku pun dengan segera capai tuala

kemudian melihat ke luar sebuah jendela



Kelihatan seekor burung

sebesar helang

sedang makan mangsanya

yang malang



Dengan cepat aku pakai baju dan seluar

dengan fonsel isteriku aku turun bawah



Bermulalah tugas paparazzo

tak bertauliah

merakam ke dalam video

peristiwa berdarah



Helang rasa terganggu dengan hadirku

meskipun aku hanya merakam dari jauh



Tak lama kemudian

terdengar ketukan galah

ada yang menghalau sang

helang suruh belah



Lalu helang yang tak senang duduk dari tadi

terbang lari bersama mangsanya bersembunyi



Iktibar dari kisah pagi ini

yang kukongsi

setelah kita pergi pasti

ada yang tangisi.



© SHAFIQUOTES




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >