Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hero TV ASRAF AMIN kerja keras cari rezeki

Pelakon telefilem 'Marhaban Ustaz' juga kendali gerai kantin, urus jenazah di luar bidang seni. Hidup ini satu perjuangan dan pengorbanan yang menuntut kesabaran dan semangat untuk terus maju. Tiga bakat muda yang bakal menjayakan dua program khas Hari Raya Haji malam ini berkongsi kisah inisiatif seni mereka. BERITA HARIAN melaporkan.
Jul 20, 2021 | 05:30 AM



DI kaca televisyen, pelakon Asraf Amin merupakan bintang utama drama romantis Kek Untuk Kapten dan drama Hari Raya Haji 2020, Tempahan Eid.



Di luar dunia seni, Asraf, 28 tahun, pemuda berjiwa usahawan dan kebajikan yang turut menggalas amanah sebagai peniaga kecil-kecilan di gerai kantin Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan pengendali jenazah hujung minggu.



Malam ini, satu lagi peranan baru sebagai Ustaz Umar, asatizah generasi baru, dipikulnya dalam telefilem khas Hari Raya Haji, Marhaban Ustaz.



Ikuti wawancara bersama pemuda yang tidak mengenal erti penat-lelah ini.



Soalan (S): Ceritakan tentang persiapan Asraf membawa watak Ustaz Umar.



Asraf: Telefilem terbitan ThinkPlate ini mengisahkan tentang anak muda bukan dari aliran madrasah tetapi berminat mendalami bidang ukhrawi.



Bagaimanapun, minatnya itu ditentang ayahnya yang inginkan dia meneruskan perniagaan keluarga. Hubungan antara Ustaz Umar dengan ayahnya tegang.



Sejak akhir-akhir ini, kita kian melihat wujudnya generasi ustaz muda mesra digital yang tidak selalu menggunakan kopiah atau berjubah dan kadangkala tidak nampak seperti ustaz.



Mereka mudah didekati dan buat ramai selesa bertanya dan menimba ilmu. Saya ada beberapa kenalan yang merupakan ustaz sebegini.



Saya amati cara mereka menjalankan kelas dalam talian dan berkongsi secara live di media sosial.



Mereka dan pelajar ibarat sahabat, tiada jurang seperti 'aku guru dan kau pelajar'.



Cabaran dalam drama ini adalah membiasakan diri dengan bahasa Arab asas dan pastikan saya tidak tersilap menyebut perkataan agar tidak membawa maksud lain pula.



S: Apakah pengajaran dari drama ini?



Asraf: Ia kisah pengorbanan. Anak-anak inginkan sesuatu tetapi kadangkala ia ditentang ibu bapa sehingga timbul hubungan renggang.



Dalam hal Ustaz Umar, pilihan kerjaya dan juga kehadiran ibu tiri muda dalam keluarga menjadi hambatan komunikasi.



Namun, air dicencang takkan putus. Lama-kelamaan, bapa yang keras hati lembut juga hatinya meskipun ego.



Ibu bapa berkorban buat anak adalah lumrah. Saya selalu teringatkan nikmatnya kalau kita sebagai anak berkorban buat ibu bapa.



Sebelum Covid-19 melanda, saya bersyukur dapat kumpul wang bawa ibu bapa tunaikan umrah.



S: Mengapa Asraf selesa menjalankan perniagaan?



Asraf: Saya anggap peluang mengendalikan gerai kantin sekitar Februari lalu sebagai usaha kecil-kecilan dalam mempelajari selok-belok meniaga. Ia juga membantu ibu yang sekian lama menjadi suri rumah agar aktifkan diri.



Kami menjual mi siam, mi rebus, nasi ayam dan nasi lemak. Ia memerlukan kerja keras dan seawal 4.30 pagi setiap hari, saya sudah bangun menyiapkan bahan-bahan jualan. Tapi gembira dapat layan keperluan makan minum budak-budak.



Apabila bekerja sendiri, kita beri sepenuhnya kerana tahu untung rugi meniaga bergantung pada dedikasi, inovasi dan kerja keras kita sendiri. Setiap titik peluh nikmat dan berkat. Kepuasannya Tuhan saja tahu.



Pada Ramadan lalu, saya juga mengendalikan bisnes keropok lekor dari Terengganu dalam talian. Sebanyak 200 hingga 300 bungkus terjual setiap minggu kerana ramai rindukan keropok lekor apabila bazar Ramadan tiada.



Pada musim Hari Raya Haji, saya turut menyediakan khidmat membekal kambing dari Indonesia buat ibadah korban. Cabaran lebih terasa kerana sekatan pandemik.



Saya juga sukakan kerja kemasyarakatan termasuk mengurus jenazah, sesuatu yang tidak mudah tetapi menginsafkan.



Dikejutkan pada 2 atau 3 pagi untuk bergegas ke hospital dan berurusan dengan waris pesakit yang sebak, bingung dan tertekan membuat saya yang biasanya ceria dan gila-gila, meraih iktibar tentang kehidupan yang ada noktahnya.



  • 'Marhaban Ustaz' disiarkan di Suria dan meWATCH mulai 9.30 malam ini.


"Pada musim Hari Raya Haji, saya turut menyediakan khidmat membekal kambing dari Indonesia buat ibadah korban. Cabaran lebih terasa kerana sekatan pandemik. Saya juga sukakan kerja kemasyarakatan termasuk mengurus jenazah, sesuatu yang tidak mudah tetapi menginsafkan. Dikejutkan pada 2 atau 3 pagi untuk bergegas ke hospital dan berurusan dengan waris pesakit yang sebak, bingung dan tertekan membuat saya yang biasanya ceria dan gila-gila, meraih iktibar tentang kehidupan yang ada noktahnya.''
- Pelakon dan usahawan Asraf Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >