Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Hishammuddin nafi pembukaan KLIA2 akan ditangguh

Feb 06, 2014 | 04:44 PM

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, berkata pembukaan terminal Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tidak akan ditangguh daripada tarikh asalnya pada 2 Mei ini.
Kegagalan kontraktor syarikat usaha sama UEMC-Bina Puri Joint Venture (UEMC-Bina Puri JV) mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) tidak akan menangguhkan penyiapan projek ikonik KLIA2 itu, tegas beliau, yang juga Menteri Pertahanan Malaysia.
Datuk Seri Hishamuddin, pada sidang akhbar semalam, dipetik oleh laporan akhbar The Star sebagai berkata pihak kerajaan negara itu tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan dan menegaskan bahawa lawatan mengejut akan terus dilakukan untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang menghalang daripada tercapainya jadual pembukaan KLIA2 itu.
Sementara itu, Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata lapangan terbang tambang murah itu sudah hampir siap sepenuhnya, namun hanya sistem perlindungan kebakaran yang memerlukan sedikit pengubahsuaian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3