Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan paling lebat dalam sehari sejak 1980...

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



HUJAN lebat di Ulu Pandan pada Sabtu lalu adalah yang paling lebat dalam sehari bagi April sejak 1980, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Hujan pada paras 170.6 milimeter (mm) dirakamkan pada hari tersebut - sekitar 110 peratus jumlah purata bagi seluruh April.



Hujan lebat yang berlanjutan di serata negara pada Sabtu lalu menyebabkan banjir kilat di beberapa tempat.



Lebih 100 mm - lebih separuh jumlah purata hujan bagi April - dirakamkan di beberapa tempat, termasuk di Pasir Panjang, Buona Vista, Tuas dan Bukit Timah antara 11 pagi dengan 4 petang.



Hujan pada Sabtu itu bersumber dari angin ribut di Sumatera, yang diburukkan Taufan Surigae berhampiran Filipina, kata NEA.



Angin ribut Sumatera biasanya menjejas Singapura antara dinihari dengan pagi, dan berlaku dari April hingga November, apabila ada angin bertiupan lagi kencang dari arah barat dan barat daya rantau ini.



Pada Sabtu lalu, hujan paling lebat berlaku di selatan dan barat Singapura.



Agensi air negara PUB berkata longkang-longkang di beberapa tempat di bahagian barat Singapura melebihi 90 peratus kapasiti.



Amaran banjir dikeluarkan di 25 lokasi dan pihak awam diberitahu supaya mengelak pergi ke kawasan-kawasan tersebut, meskipun ia masih boleh dilalui kenderaan.



Banjir berlaku di laluan pejalan kaki di Dunearn Road dan di Sime Darby Centre berhampiran Longkang Bukit Timah, serta di laluan penghubung taman di sebelah Longkang Ulu Pandan.



PUB berkata ia sedang menjalankan kerja-kerja memperbaiki longkang dan memperkukuh pencegahan banjir di takungan air Upper Bukit Timah, supaya ia dapat bertahan apabila hujan ribut lebih teruk yang disebabkan perubahan iklim berlaku.



Ia telah melengkapkan peningkatan Longkang Pengalihan Pertama Bukit Timah pada 2019 dan menambah kapasiti longkah itu supaya boleh menampung lagi 30 peratus ar hujan.



Sensor paras air di rangkaian longkang menunjukkan longkang yang diperluas itu boleh menyalurkan keluar air dari sana dan mengurangkan kesan banjir kilat semasa hujan lebat pada Sabtu lalu, kata PUB.



Menambah, PUB berkata kerja-kerja serupa masih berlangsung di bahagian 900 meter antara Longkang Bukit Timah dengan Rifle Range Road dan Jalan Kampung Chantek.



Bahagian itu akan diperluas antara 10 meter dengan 12 meter dan diperdalam antara 1 meter dengan 2 meter seawal 2024.



Longkang Bukit Timah, pada ketika itu dijangka boleh menampung air hujan yang setanding dengan apa yang dialami pada Sabtu lalu, kata PUB.



Menurut PUB ia telah meraih kemajuan penting sejak tahun 1970-an, mengurangkan saiz kawasan yang boleh dilanda banjir daripada 3,200 hektar kepada 28 hektar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >