Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Majlis khatam Al-Quran berlangsung 19 Mei

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



DEMI memastikan masyarakat Islam di sini celik Al-Quran, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) terus membimbing pelajar dan asatizah setempat untuk mendalami ilmu agama dan pembelajaran Al-Quran mereka.



Pergeraq juga menyediakan banyak projek kemasyarakatan seperti pengagihan zakat dan sumbangan kepada alumni pelajar-pelajar Pergeraq yang memerlukan.



Antaranya ialah Projek Ikhsan Ramadan, serta pemberian biasiswa Al-Quran dan Qiraat Pergeraq bernilai $5,000 setiap satu.



Menurut Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, 63 tahun, persatuannya tetap menyediakan kelas-kelas seperti Kempen Cilik Al-Quran (KCQ) secara percuma selain memberikan habuan seperti zakat wang dan barangan asas lain setiap Ramadan.



"Zakat yang kami terima ini mampu memberikan keceriaan kepada golongan istimewa dan kita dapat melahirkan lebih ramai lagi para ilmuan dalam bidang Al-Quran dan Qiraat, yang akan menyumbang kepada pembelajaran Al-Quran.



"Pergeraq memerlukan sokongan dan sumbangan ikhlas para penderma untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat di sini dengan menyediakan pelbagai program ilmu Al-Quran yang dimampui ramai," ujar Encik Hanafiah.



Sehubungan dengan itu, Pergeraq juga bakal mengadakan acara khatam Al-Quran pada 19 Mei nanti.



Acara bakal disertai sehingga 60 peserta dan mereka akan dibahagikan kepada 30 kumpulan.



Setiap daripada mereka perlu membaca satu juzuk.



"Kami akan mengadakan acara khatam Al-Quran pada bulan depan, pertama kalinya secara fizikal sejak 2018.



"Tiga tahun lalu, acara ini telah diadakan dalam talian sahaja. Mereka akan dibahagikan kepada 30 kumpulan, dan setiap kumpulan ada ketua yang akan menyemak bacaan peserta.



"Setelah semua kumpulan selesai, mereka akan berkumpul untuk bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas dan diakhiri dengan bacaan doa khatam Al-Quran.



"Di acara itu nanti, kami akan terus memastikan jarak selamat serta keselamatan.



"Kesejahteraan peserta ini tetap menjadi keutamaan pihak kami," tambah Encik Mohammad Hanafiah.




"Zakat yang kami terima ini mampu memberikan keceriaan kepada golongan istimewa dan kita dapat melahirkan lebih ramai lagi para ilmuan dalam bidang Al-Quran dan Qiraat, yang akan menyumbang kepada pembelajaran Al-Quran.''
- Encik Mohammad Hanafiah Tumin, Setiausaha Eksekutif Pergeraq.




HULUR BANTUAN 



Ayuh bersama Pergeraq terus membina masyarakat celik Al-Quran. Tunaikan zakat anda di Pergeraq.



Anda boleh hulurkan bantuan seperti berikut:



Untuk pemindahan bank: DBS Akaun Semasa: 017-903204-0

WhatsApp untuk resit @ 9030-7057

Catat nama anda/Zakat atau Derma



PAYNOW UEN T06SS0040C



Ruang rujukan taip: Nama anda/Zakat atau Derma



WhatsApp untuk resit @ 9030-7057



Lungsuri laman mereka di pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >