Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ibu kongsi kit bertema gabung aktiviti keluarga

Tawar pelbagai kegiatan seperti kraftangan dengan kemahiran membaca, lengkap dengan semua bahan yang diperlukan serta panduan bagi ibu bapa
Sep 10, 2020 | 05:30 AM



APABILA tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) bermula beberapa bulan lalu, beliau merasakan seolah zaman kanak-kanak anaknya 'dirampas'.



Apakan tidak, keluarga yang begitu gemar melakukan aktiviti di luar kini 'terkurung' di rumah.



Untuk memastikan masa di rumah tidak diabaikan begitu sahaja, Cik Nurul A'ina Mohd Ikhsan, 36 tahun, perah otak untuk fikirkan aktiviti bermain sambil belajar untuk anak-anaknya, Adrian Adam, enam tahun dan Andra Noah, dua tahun.



"Kami tak dapat luangkan masa di luar dan interaksi sosial juga terhad. Ini buat saya fikir bagaimana nak buat masa bersama mereka lebih seronok dan berbaloi," katanya.



Dengan pengalaman selama 13 tahun dalam bidang pembangunan awal kanak-kanak, Cik A'ina telah menghasilkan kit bertema untuk anak-anak beliau yang menggabung aktiviti 'hands on' seperti kraftangan dengan kemahiran seperti membaca dan menulis.



Aktiviti-aktiviti itu dilakukan bersama sekeluarga kerana beliau sedar akan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anak-anak.



Menurut kajian, pembangunan kognitif kanak-kanak berlaku pada usia prasekolah.



Dengan memainkan peranan yang lebih aktif dalam proses pembelajaran awal kanak-kanak, ibu bapa boleh bantu memastikan anak-anak mereka mempunyai sokongan yang diperlukan untuk mencapai potensi mereka.



Untuk mendorong dan membantu lebih ramai ibu bapa melibatkan diri dalam proses bermain dan juga belajar anak-anak mereka, Cik A'ina memutuskan untuk berkongsi 'kit' yang dihasilkan itu serta pengetahuan beliau dengan ibu bapa lain melalui The Learning Pack.



Kit tersebut mengandungi pelbagai aktiviti bertema yang menggabungkan elemen 'hands-on' seperti kraftangan dengan kemahiran membaca, lengkap dengan semua bahan yang diperlukan serta panduan setiap langkah bagi ibu bapa.



"Saya ingin memudahkan ibu bapa melakukan aktiviti dengan anak-anak, kerana saya percaya anak-anak meraih manfaat hanya apabila ibu bapa itu sendiri terdorong dan bersemangat.



"Kit ini dapat menjimat masa untuk mencari idea dan bahan yang diperlukan," ujarnya.



Menurut Cik A'ina, ibu bapa merupakan 'cheerleader' anak-anak dan penglibatan mereka dalam aktiviti anak-anak amat penting.



Apabila ibu bapa lebih terlibat, mereka dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang kebolehan anak-anak mereka sambil meluangkan masa bersama.



"Pada pendapat saya, cara terbaik untuk anak-anak belajar adalah melalui bermain dan pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh mempelajari kebolehan dan pengetahuan anak-anak mereka.



"Bermain dengan anak-anak juga membantu mempertingkat kemahiran berkomunikasi," katanya.



Menurut Jurnal Rasmi Akademi Pediatri Amerika, aktiviti bermain penting dalam pembangunan kanak-kanak supaya mereka dapat menggunakan kreativiti sambil membangunkan imaginasi, kepintaran dan kekuatan fizikal, kognitif dan emosi.



"Aktiviti bermain penting untuk perkembangan otak yang sihat.



"Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat melibatkan diri dan berinteraksi dengan sekitaran mereka," menurut petikan dari jurnal itu.



The Learning Pack dikeluarkan dua set dalam sebulan, dengan pelbagai topik yang diteroka berdasarkan buku yang dipilih.



Contohnya, jika buku untuk dibaca yang disertakan dalam pek itu berjudul 'The Very Hungry Caterpillar', maka mungkin aktiviti yang disertakan berkisar tentang serangga atau alam semula jadi.



Setiap pek mempunyai enam hingga lapan aktiviti untuk dicuba bersama pada masa yang ditentukan mereka sendiri.




Saya ingin memudahkan ibu bapa melakukan aktiviti dengan anak-anak kerana saya percaya anak-anak meraih manfaat hanya apabila ibu bapa itu sendiri terdorong dan bersemangat. Kit ini dapat menjimat masa untuk mencari idea dan bahan yang diperlukan.Pada pendapat saya, cara terbaik untuk anak-anak belajar adalah melalui bermain dan pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh mempelajari kebolehan dan pengetahuan anak-anak mereka.Bermain dengan anak-anak juga membantu mempertingkat kemahiran berkomunikasi."
- Cik Nurul A'ina Mohd Ikhsan, telah menghasilkan kit bertema untuk anak-anak beliau yang menggabung aktiviti 'hands on' seperti kraftangan dengan kemahiran seperti membaca dan menulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >