INDIVIDU dengan keadaan kesihatan yang kurang baik, berhadapan hambatan pergerakan atau suri rumah mungkin berasa sukar mencari pekerjaan sepenuh masa kerana mereka tidak dapat berada di pejabat secara fizikal untuk bekerja.
Namun, dengan penyesuaian kaedah bekerja dari rumah kini menjadi norma baru dan diterima oleh pekerja dan juga majikan, terdapat pasaran baru yang memberi peluang kepada ramai untuk bekerja dari keselesaan kediaman mereka.