Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Import udang dari Saudi pelbagaikan sumber makanan

Chun Sing: Kerjasama buka lebih banyak peluang bagi SG teroka produk lain dari Timur Tengah
Nov 26, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang meneroka untuk mengimport produk lain dari Arab Saudi dan Timur Tengah dalam usaha mempelbagaikan sumber makanan negara, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



Ini selepas Singapura berjaya mengimport produk udang dari negara itu - import makanan berskala terbesar yang pertama dari Saudi.



Sejak Ogos, Singapura menerima sekitar 60 tan udang itu menerusi syarikat pengedar tempatan, The Seafood Company Pte Ltd. Produk udang dari Lautan Merah bermutu premium itu kini dijual di 125 cawangan NTUC FairPrice.



Bercakap kepada media menyusuli pelancaran produk itu di cawangan FairPrice Xtra di Vivocity, yang turut dihadiri Encik Saad Al Saleh, Duta Arab Saudi ke Singapura, Encik Chan berkata Singapura tidak boleh ambil ringan terhadap rantaian bekalan makanan yang stabil sekarang dan perlu sentiasa meneliti kemungkinan gangguan serta meramalkan permintaan.



Justeru, pengalaman mengimport produk seperti telur dari Poland sebelum ini, menunjukkan usaha mengimport dari negara seperti Arab Saudi boleh dicapai.



"Sebelum ini, tidak ramai terfikir untuk mengimport udang dari Arab Saudi tetapi sekarang kita tahu ini boleh dilakukan dan pada harga yang kompetitif, lantas kita dapat meneroka dengan pembekal Saudi apa produk lain yang boleh diimport," ujar beliau.



Kata Encik Chan, kerjasama itu juga membuka lebih banyak peluang untuk Singaura meneroka produk lain dari Timur Tengah.



"Memandangkan Arab Saudi adalah nadi logistik yang menghimpunkan produk dari rantau itu, ia memberi kami pilihan mengimport produk dari Timur Tengah, bukan hanya untuk pasaran setempat tetapi juga pasaran serantau," kata Encik Chan.



Pada masa sama, Arab Saudi turut berpeluang untuk meninjau produk dari Singapura dan rantau ini, yang boleh diimport mereka, tambahnya.



Menjelang akhir tahun ini, sekitar 120 tan udang dijangka diimport dari Arab Saudi, menurut Pengarah Urusan The Seafood Company, Encik Kenneth Chia.



Walaupun kos mengimport produk itu sekitar 30 peratus lebih tinggi berbanding produk serantau, tetapi Encik Chia yakin ia memberi kelainan kepada pengguna.



Sementara itu, Encik Chan berkata kerjasama rapat perlu diteruskan dengan rakan seperti pasar raya bagi memastikan adanya bekalan luas dan meramalkan permintaan bagi beberapa bulan dan minggu mendatang agar dapat "mengimbangi permintaan dan bekalan demi memastikan warga Singapura terjaga".



Laporan lanjut: Chun Sing: S'pura berpotensi jadi tempat pertemuan selamat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >