Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi Okt di SG capai paras tertinggi dalam lebih 8 tahun

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



INFLASI keseluruhan Singapura meningkat kepada 3.2 peratus bulan lalu, paras tertinggi dalam tempoh lebih lapan tahun, menurut kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Kali terakhir ia mencapai lebih 3 peratus adalah pada Mac 2013.



Kenaikan itu berbanding 2.5 peratus dicatatkan pada September dan mengatasi ramalan 2.8 peratus oleh pakar-pakar ekonomi.



Peningkatan itu mencerminkan kos pengangkutan privet dan sewa lebih kukuh, di samping inflasi teras lebih tinggi.



Inflasi teras, yang tidak termasuk kos sewa dan pengangkutan jalan raya privet, naik kepada 1.5 peratus bulan lalu daripada 1.2 peratus pada September.



Kenaikan itu disebabkan harga perkhidmatan dan makanan yang meningkat dan kemerosotan lebih kecil dalam kos runcit dan barangan lain.



Kali terakhir kadar inflasi teras lebih tinggi adalah pada Mac 2019 apabila ia mencapai 1.7 peratus.



Inflasi teras, yang menggambarkan trend dasar harga pengguna dengan lebih baik, adalah ukuran yang dipantau MAS.



MAS dan MTI berkata peningkatan kos import dan buruh, serta pemulihan dalam kegiatan ekonomi domestik, akan menyokong kenaikan berterusan dalam inflasi teras dalam suku-suku tahun akan datang.



Kos perkhidmatan meningkat lebih ketara bulan lalu - sebanyak 1.6 peratus berbanding 1.2 peratus pada September - yang sebahagian besarnya disebabkan inflasi tambang penerbangan dan perbelanjaan percutian lebih tinggi dengan kelonggaran sekatan sempadan dan pengumuman Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL).



Tuisyen dan yuran lain, serta harga khidmat riadah dan budaya, juga menyaksikan kenaikan besar.



Inflasi makanan naik kepada 1.7 peratus berbanding 1.6 peratus pada September sedang harga makanan tidak dimasak meningkat pada kadar lebih pantas manakala inflasi makanan sudah siap dimasak tidak berubah.



Kos runcit dan barangan lain susut pada kadar lebih perlahan sebanyak 0.4 peratus bulan lalu berbanding kemerosotan 1 peratus pada September disebabkan kemerosotan lebih kecil dalam harga pakaian, kasut dan alat telekomunikasi.



Inflasi pengangkutan privet naik kepada 14.3 peratus daripada 10.8 peratus bulan sebelumnya disebabkan kenaikan lebih kukuh dalam harga kereta.



Inflasi penginapan juga meningkat kepada 2.5 peratus berbanding 1.9 peratus pada September disebabkan kenaikan lebih besar dalam sewa rumah.



Bagaimanapun, kos elektrik dan gas naik pada kadar lebih perlahan sebanyak 7.8 peratus berbanding kenaikan 9.9 peratus pada September disebabkan kenaikan lebih kecil dalam tarif elektrik dan gas daripada setahun lalu.



Mengulas, ketua penyelidikan kewangan dan strategi OCBC, Cik Selena Ling, berkata inflasi ini dijangka berterusan dalam beberapa bulan mendatang sedang permintaan produk meningkat sejajar pemulihan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan.




Laporan lanjut: Ikuti FB Live anjuran BH bincang isu kenaikan kos hidup 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >