Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ingatan Ameng, Zarul pada arwah Gmie

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



ORANG yang baik budi dan tidak menimbulkan masalah buat sahabat-sahabatnya akan sentiasa dikenang.



Suasana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin sepatutnya diselubungi saspens dek lagu-lagu dengan tema seram atau mampu membuat bulu roma merinding disajikan.



Sebaliknya, ramai yang menitiskan air mata ketika alumni Gegar Vaganza 3 (GV3), Ameng Spring dan Zarul Umbrella, memberikan penghormatan buat rakan mereka, Allahyarham Gmie Screen, yang meninggal dunia Jumaat lalu.



Lagu yang pernah dipopularkan Gmie, Bila Cinta Didusta, dan lagu sayu Sudirman Haji Arshad, Salam Terakhir, didendangkan pada permulaan Konsert Keempat GV8 yang bersiaran di Astro Ria.



Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim, meninggal dunia pada usia 50 tahun kerana masalah buah pinggang bocor.



Anak Allahyarham, Siti Hadirah, dalam laporan sebuah portal berita berkata, beberapa hari sebelum pemergiannya, bapanya kurang sihat dan hilang selera makan.



Allahyarham, yang merupakan antara finalis GV3 pada 2016, juga pengsan kerana kekurangan darah.



Kata Zarul:



"Arwah Gmie memang sangat baik. Saya akan selalu ingat beliau yang selalu belanja kami nasi ambeng."



Ameng pula menambah: "Orangnya memang tidak pernah menimbulkan masalah buat teman lain. Kami akan merindui dan rasa kehilangannya."



Sementara itu, pengurus peribadi Gmie, Fuad Syahrin Misbah, memberitahu akhbar Harian Metro, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan masalah buah pinggang bocor.



Fuad berkata, sepanjang tempoh itu Allahyarham lebih senang tidak menghebahkan keadaan kesihatannya kepada umum.



Moga Allahyarham Gmie ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >