KEDAI makan ikonik Nasi Padang River Valley di Zion Road melabuhkan tirainya buat kali terakhir baru-baru ini.
Dalam detik-detik akhir kedai berhadapan Great World City itu dibuka, pelanggannya datang dari jauh dan sanggup beratur lebih sejam sehingga ke tepi jalan raya kerana takut tidak dapat menjamah masakan air tangan pemiliknya lagi.