Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

International Plaza dilancar untuk dijual pada $2.7b menerusi tender awam

Penjualan kolektif terbesar di Singapura dari segi bilangan unit dan nilai
Sep 02, 2021 | 05:30 AM



BANGUNAN International Plaza di Tanjong Pagar dilancarkan untuk penjualan dengan harga tawaran $2.7 bilion menerusi satu tender awam.



Ini menjadikan penjualan itu penjualan kolektif terbesar di Singapura dari segi bilangan unit dan nilai.



Ini setelah lebih 80 peratus pemilik, dari segi nilai saham dan kawasan strata, bersetuju pada 7 Julai lalu untuk meletakkan bangunan komersial dan perumahan setinggi 50 tingkat itu - salah satu pembangunan bersepadu terbesar Singapura - dalam pasaran untuk kali pertama.



Harga yang ditawarkan ialah $2,448 per kaki persegi bagi setiap nisbah plot, menurut ejen pemasaran Edmund Tie.



Hartanah itu di bawah zon komersial yang bermakna pemaju tidak perlu membayar Cukai Setem Tambahan Bagi Pembeli (ABSD), lapor The Straits Times.



Tender itu akan ditutup pada 3 petang pada 30 November.



Bangunan itu terletak di persimpangan Jalan Anson dan Jalan Choon Guan, dan merupakan lokasi strategik di pintu masuk Tanjong Pagar, kata pengarah eksekutif penasihat pelaburan di Edmund Tie, Cik Swee Shou Fern.



Dibina pada tahun 1970-an, bangunan itu terdiri daripada 209 apartmen kediaman, 559 unit pejabat, 192 kedai strata, sebuah tempat letak kereta dan kolam renang di tingkat 36.



Hartanah tersebut, yang dizonkan untuk kegunaan komersial, memiliki kawasan tanah sekitar 0.7 hektar dan 48 tahun lagi dalam tempoh pajakannya.



Ia dibangunkan oleh keluarga Cheong, yang berkaitan dengan Cheong yang menguasai Hong Fok Corp, syarikat yang tersenarai di Singapura.



Pendaftaran pemilik bagi penjualan kolektif itu bermula pada Oktober 2019 dan sepatutnya selesai pada Oktober lalu, tetapi mengambil masa 10 bulan lagi disebabkan pandemik.



International Plaza merupakan antara beberapa tapak yang tarikh akhir penjualan mereka diberi lanjutan oleh Kementerian Undang-undang di bawah langkah-langkah yang dilaksanakan tahun lalu.



International Plaza memenuhi kriteria dari segi usia bangunan, penggunaan tanah dan kawasan tapak semasa untuk memenuhi syarat bagi Skim Insentif Daerah Perniagaan Pusat.



Skim Insentif CBD membolehkan hartanah yang memenuhi syarat untuk meningkatkan keluasan lantai kasarnya sebanyak 25 hingga 30 peratus, bergantung pada cadangan penggunaan tanah.



Untuk tujuan ini, saty permohonan telah dihantarkan kepada Penguasa Pembangunan Semula Bandar. Sekiranya diluluskan, tapak ini boleh dibangunkan semula dengan kawasan lantai kasar 167,826,16 meter persegi (1,806,464 kaki persegi) atau nisbah plot 24.06.



Pembangunan pejabat yang berusia di CBD boleh memanfaatkan skim ini untuk mengubah hartanah itu menjadi pembangunan perumahan campuran - membolehkan pemaju memanfaatkan pasaran perumahan yang kukuh, kata Encik Wong Xian Yang, ketua penyelidikan Singapura di Cushman & Wakefield.



Walaupun pemulihan di pasaran komersial masih di peringkat awal, ekonomi berada dalam kedudukan untuk pulih pada 2021, tambahnya.



"Banyak projek sedang dipersiapkan untuk penjualan 'en bloc' dalam beberapa bulan akan datang. Memandangkan jangkaan pemulihan Singapura yang kukuh, pembanugunan en bloc yang dilancarkan lebih awal dapat menikmati kelebihan sebagai penggerak pertama," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >