Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Isi masa dengan hasilkan video tarian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Isi masa dengan hasilkan video tarian

Nov 17, 2020 | 05:30 AM

KALAU tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Peribahasa yang membawa maksud sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha menjadi sandaran Pengarah Artistik Artistari Gentari, Encik Badarudin Hassan.

Walaupun pendapatan kumpulan yang ditubuhkan pada 2013 ini banyak terjejas sewaktu tempoh pandemik dengan pembatalan persembahan, semangat waja tetap diteruskan dalam menarik lebih ramai anggota agar memasyarakatkan seni.

Selain menghasilkan siri taridra dalam talian Odyssey yang turut memaparkan hasil koreografi jurutari muda, filem tarian ringkas, Looking Out The Window, turut dihasilkan dengan sokongan Geran Persembahan Digital, Majlis Seni Kebangsaan (NAC).

Filem tentang tubuh dan minda yang dilanda kemurungan ini dihasilkan dengan idea kerjasama Penolong Pengarah Bersekutu Artistari Gentari, Cik Lyn Hanis.

Dalam dialog Zoom anjuran Berita Harian antara kumpulan seni Singapura dengan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, Encik Badarudin, 31 tahun, berkongsi bagaimana Covid-19 membawa hikmah buatnya.

"Kami kehilangan pendapatan kerana banyak persembahan dibatalkan. Namun daripada duduk merungut, saya dan rakan-rakan merasakan kita perlu buat sesuatu yang bermanfaat di samping memberi semangat kepada belia yang kami latih.

"Apabila kami hasilkan Odyssey pada Julai lalu, respons yang diterima sangat menggalakkan di luar jangkaan.

"Cuma apabila lebih banyak program dalam talian dihasilkan pihak lain di media sosial, minat terhadap program kami pula berkurangan," jelasnya.

Filem tarian Looking Out The Window yang dihasilkan dengan kerja seni solo Encik Badarudin, Fragments, membawa penonton menyelongkar situasi minda murung yang tidak terperangkap.

"Kerja seni saya cuba meneroka dan bereksperimen dengan usaha bagaimana kita melihat perkara tertentu dalam perspektif dan bagaimana kita memandang di luar jendela bagi mewujudkan sesuatu yang selamat buat diri kita.

"Saya meraih inspirasi daripada perjalanan seni seniman terbilang Pablo Picasso yang menghasilkan seni dalam keadaan murung.

"Saya membayangkan atau tunjukkan bagaimana dengan menggunakan khayalan dalam ruang minda kita dapat mewujudkan takrifan pergerakan dan bagaimana tubuh ini dapat memalit imej tersendiri," ceritanya lagi.

Beliau bersyukur dapat bekerjasama dengan Cik Lyn, Encik Soultari Amin Farid (dramaturgi), Encik Norisham Osman (pereka pencahayaan) dan karyawan filem, Encik Nadhir Zainal.

"Kalau ditanya tentang keprihatinan saya buat masa ini, saya risaukan proses mendekati belia dan jangka hayat belia ini dalam bidang seni tradisional yang dibimbangi agak singkat.

"Tanpa mereka, kesinambungan mencetus inspirasi bagi generasi selanjutnya akan terhenti begitu sahaja. Saya berharap dalam mendidik mereka dalam bidang seni, kita dapat mencari saluran dalam menjadikan seni itu satu kerjaya.

"Kerjaya boleh dibina bukan sahaja sebagai penari tetapi dalam banyak aspek seni lain. Semua ini penting dalam meneruskan daya tahan seni bagi masa depan," kata Encik Badarudin.

Sebelum Covid-19, Artistari Gentari yang bermula sebagai sebuah kumpulan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat, terlibat dalam persembahan gah seperti Perarakan Chingay 2020 dan Pesta Raya di Esplanade.

Mengenai perihal kedermawanan seni yang menjadi antara topik yang dibincangkan dalam sesi dialog Zoom tempoh hari, Encik Badarudin berkata seni itu penting dalam kehidupan.

"Penggiat seni seperti saya akur menjunjung seni tradisional agar ia mekar sama penting dengan usaha menyatukan sesebuah masyarakat.

"Kededua seni dan kedermawanan memainkan peranan besar dalam membawa perubahan sosial sejak dari dahulu lagi. Ia boleh dijadikan pelantar mendekati lebih ramai belia dan menjana pembangunan kemahiran baru.

"Jika kita dapat libatkan lebih ramai orang agar bersatu demi seni, lebih banyak yang dapat kita lakukan dalam menyentuh jiwa ramai dari segenap lapisan masyarakat," ujarnya.

Encik Badarudin berharap lebih banyak pementasan tarian dapat disajikan tahun depan apabila pandemik ini reda. Ada juga rancangan mengeluarkan Odyssey 2.

"Pandemik ini mengajar saya dan teman-teman agar menghargai kerja keras, pengorbanan dan nyala rasa yang kita mungkin ambil mudah sebelum ini.

"Ia juga memberi kita semangat baru dalam menjana lebih banyak kerja seni dengan cara baru dan berbeza.

"Dari keselesaan rumah masing-masing, penggiat seni saling memberi sokongan kepada satu sama lain agar terus yakin berseni dalam norma baru," katanya lagi.


"Kalau ditanya tentang keprihatinan saya buat masa ini, saya risaukan proses mendekati belia dan jangka hayat belia ini dalam bidang seni tradisional yang dibimbangi agak singkat. Tanpa mereka, kesinambungan mencetus inspirasi bagi generasi selanjutnya akan terhenti begitu sahaja. Saya berharap dalam mendidik mereka dalam bidang seni, kita dapat mencari saluran dalam menjadikan seni itu satu kerjaya. Kerjaya boleh dibina bukan sahaja sebagai penari tetapi dalam banyak aspek seni lain.
- Encik Badarudin Hassan, Pengarah Artistik Artistari Gentari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3