Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Istana syurga buat mereka yang bantu bina masjid

Sep 24, 2021 | 05:30 AM



MEMBERI sedekah dan bantuan kepada golongan memerlukan adalah aspek dan ciri utama orang Islam.



Beramal jariah adalah salah satu asas utama agama Islam.



Ini kerana sedekah dan amal membawa kepada keadilan, keseimbangan dan kebaikan kepada setiap anggota masyarakat.



Lantaran itu, pihak Masjid Bencoolen berharap agar umat Islam dapat menunaikan tanggungjawab amal mereka dan memainkan peranan membantu golongan memerlukan.



PELBAGAI CARA BERAMAL



Kepentingan bersedekah dan melakukan amal telah tampil dalam ajaran-ajaran baginda Rasulullah saw.



Menjelaskan kategori amal yang berlainan dalam Islam, Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq, berkata zakat dan sedekah adalah dua amal utama di dalam Islam.



Zakat merupakan amal yang mesti dilakukan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan.



Sedekah pula boleh disumbangkan kepada sesiapa dan dalam pelbagai cara, termasuk memberi senyuman kepada orang lain, memberi nasihat kepada teman, membantu membina rumah atau masjid dan sebagainya.



Nabi Muhammad saw bersabda: "Senyuman untuk saudaramu adalah satu amal. Menanggalkan batu, duri atau tulang dari jalan orang adalah amal. Bimbingan anda kepada orang yang kehilangan adalah amal." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)



Sebuah lagi hadis yang menggambarkan kepentingan setiap bahagian tubuh seseorang dalam melakukan amal adalah:



"Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari mulai terbitnya matahari.



"Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah; dan menolong seseorang menaiki kenderaan tunggangannya lalu mengangkat barang- barangnya ke atas kenderaan tunggangannya adalah sedekah; dan ucapan yang baik adalah sedekah; dan setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah; dan membuangkan sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalangi orang dari jalan adalah sedekah. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari, Muslim)



Sabda Rasulullah saw lagi:



"Naungan bagi seorang Mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya." (Hadis riwayat Imam Al-Tirmidzi)



Ini membawa maksud, pada hari apabila semua teduh sudah tiada, Allah swt akan memberi teduh-Nya kepada mereka yang beramal dan mengambil berat terhadap fakir miskin dan orang susah.



Pengorbanan umat Islam semasa kehidupannya akan menjadi perlindungan mereka pada hari kiamat.



Salah satu amal yang digalakkan umat Islam ialah dengan membantu membina masjid.



Kata Baginda Rasulullah saw:



"Keutamaan orang yang membangun masjid lillahi ta'ala, maka Allah swt akan membangunkan untuknya yang seperti itu di syurga". (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).



Encik Mohamed Rafeeq berkata ini membawa maksud bahawa pahala besar orang yang membina masjid ialah mereka akan diberikan istana di Jannah.



"Membantu membangunkan masjid sebenarnya membantu kita menyebarkan agama kita di dunia ini dan membawa bukan sahaja diri kita lebih dekat kepada Allah swt tetapi bagi mereka yang memasuki masjid juga,'' ujar Encik Mohamed Rafeeq.



Antara kelebihan membina masjid ialah keupayaan untuk doa beramai-ramai, memberi bimbingan rohani dan pendidikan Islam untuk anak-anak serta menyediakan pusat komuniti yang selamat, katanya.



Apabila kita membina masjid untuk mereka yang kurang bernasib baik, kita menyediakan rumah ibadah yang kukuh yang akan memupuk perkembangan moral dan kerohanian mereka untuk tahun-tahun akan datang.



Nabi Muhammad saw bersabda: "Barang siapa yang meringankan kesusahan orang yang beriman di dunia ini, Allah swt akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barang siapa menolong seseorang dalam kesukaran, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. '' (Kitab Sahih Muslim).



Sabda Nabi Muhammad saw juga: "Ketika seseorang mati, perbuatannya akan berakhir kecuali tiga perkara: sedekah jariah (amal yang berterusan), pengetahuan yang bermanfaat, atau keturunan yang soleh yang mendoakannya." (kitab Sahih Muslim).



Justeru, membangun masjid adalah tindakan sedekah jariah yang luar biasa. Ganjaran untuk membina masjid tidak ada habisnya, dan selagi orang ramai mendapat manfaat dari masjid yang telah anda bina, maka anda akan terus mendapat ganjaran dari Allah swt walaupun di akhirat.



Justeru, pihak Masjid Bencoolen mengalu-alukan sumbangan dana untuk kerja-kerja peningkatan masjidnya.



Masjid Bencoolen kini menjalani kerja-kerja peningkatan untuk menampung kira-kira tiga kali lebih ramai jemaah sejak 2019.



Kerja peningkatan itu akan membolehkan masjid tersebut menampung 1,450 orang berbanding 450 sekarang.



Antara kerja naik taraf itu termasuk membina dewan solat wanita yang baru, meluaskan dewan serba guna, memperbaiki pejabat masjid dan kelas madrasah.



Kini, kawasan dewan solat utama dan dewan serbaguna masjid sudah hampir 70 peratus siap, manakala tingkat dua dan tiga masjid sudah hampir 80 peratus siap.



Kawasan depan masjid pula sedang dalam proses naik taraf.



Kata Encik Mohamed Rafeeq:



"Kami berharap masyarakat Islam akan terus membantu mencukupkan dana yang masih kurang agar kerja-kerja naik taraf tidak tergendala dan agar masjid dapat disiapkan serta dibuka semula seperti yang dijadualkan."




"Membantu membangunkan masjid sebenarnya membantu kita menyebarkan agama kita di dunia ini dan membawa bukan sahaja diri kita lebih dekat kepada Allah swt tetapi bagi mereka yang memasuki masjid juga.''
- Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq.




CARA MENYUMBANG



- Melalui kod QR atau di laman Facebook Masjid Bencoolen



- Secara online (e-Nets, Visa; MasterCard) di laman www.masjidbencoolen.org



- Pemindahan bank kepada OCBC Current 506-010925-001



- Kutipan dana dari rumah: Hubungi talian 6333-3016



- Cek: MASJID BENCOOLEN. Hantar ke alamat 51 Bencoolen Street #01-01 Singapore 189631



- Paynow UEN: R45MQ0028B




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >