Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Istiqamah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Istiqamah

May 07, 2014 | 04:35 PM

Awalnya
Ia adalah sebuah sebutan
Lunak pada pendengaran
Tetapi asing dalam pengertian
Aku berjalan dalam keasingan
Tanpa menyerap nilai dan tafsiran
Ada sempadan di hujung keangkuhan
Ada kebodohan yang sukar dilembutkan
Mujur waktu menjadi kekasih yang setia
Untuk menjadi pembela
Mengenal lapisan makna
Dan huraian falsafahnya
Sesungguhnya aku tunduk malu
Kerana telah lama kerugian waktu
Terkeliru dan bercelaru
Hari ini aku masih merangkak
Dalam mencari cebisan-cebisan kebaikan
Biarlah sekadar bilangan jari-jemariku
Asalkan ada ketaatan
Tidak tercabar oleh beban kepenatan
Tidak meliuk oleh deru cabaran
Tidak tergoda oleh jelingan perawan
Mencari syurga bukan dengan sebutan
Ada sujud yang berpanjangan
Ada sujud dalam kesepian
Ada keasingan yang menjadi tuntutan
Dalam kedamaian yang bernama malam
Memohon rahmat Tuhan
Sambil menjunjung makna kesetiaan dan ketaatan
Sehingga tertegak sebuah kehidupan
Berpanjang langkah tanpa menyerah
Berpanjang usia sehingga ke pusara.

MIBARZO

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3