Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Izaac Quek warga SG pertama dahului 'ranking' dunia kategori bawah 15 tahun

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN tenis meja Izaac Quek merupakan warga Singapura pertama mendahului ranking dunia bagi kategori budak lelaki bawah 15 tahun, mengikut senarai terkini yang diterbitkan oleh Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (ITTF).



Pemain tenis meja berusia 14 tahun itu berkata beliau gembira melihat kerja kerasnya sejak beberapa tahun lalu kini berhasil dengan mencapai matlamat peribadi itu.



"Saya berharap pencapaian saya ini dapat memberi inspirasi kepada pemain lebih muda dengan menyertai saya dan menceburi tenis meja dan terus membantu Singapura bangkit," kata Quek.



Quek kini berkata dia kini menetapkan matlamat bersaing dan menang dalam acara bagi peringkat umur lebih tinggi dalam pertandingan ITTF dan Tenis Meja Sedunia (WTT), serta mewakili Singapura dalam kejohanan sukan utama.



"Saya akan terus bekerja keras dan mencapai kejayaan sukan lebih baik bagi Singapura," kata pelajar Sekolah Sukan Singapura itu.



Pada Februari tahun lalu, Quek memenangi kejuaraan keseorangan Budak Lelaki Kadet (B-15 tahun) dalam Terbuka Sweden (Junior dan Kadet ITTF), sejurus sebelum jadual sukan sedunia diganggu pandemik Covid-19.



Meskipun Quek tidak beraksi dalam sebarang pertandingan antarabangsa selepas itu dan mengakhiri 2020 sebagai pemain nombor tiga terbaik di dunia, dia berjaya mendaki ke tangga teratas kerana pemain nombor satu dunia Chen Yuanyu dari China dan pemain nombor dua Darius Movileanu dari Romania tidak lagi layak menyertai kategori tersebut.



Quek memupuk bakat dan keupayaannya di Pusat Latihan Persatuan Tenis Meja Singapura (STTA) di Bishan sejak berusia tujuh tahun.



Dia kemudian dinaikkan ke skuad pembangunan junior dan selanjutnya ke skuad latihan belia, sebelum dimasukkan ke skuad pertenghan STTA tahun lalu.



Dia telah dikenal pasti sebagai pemain nasional bagi masa depan dan menunjukkan potensinya selepas memenangi acara doubles bersama pemain pingat perak Sukan Sea Ethan Poh dalam kejohanan Tenis Meja Nasional pada Mac lalu.



Quek juga muncul sebagai pemain lelaki ketiga terbaik dalam acara perseorangan.



Difahami, STTA sedang meneroka pilihan menyertakan Quek ke dalam skuad yang akan dihantar ke Sukan Belia Asia di Guangdong atau ke Sukan Sea Hanoi pada November ini.



Dalam pada itu, rakan sepasukan Ser Lin Qian juga mendaki dari tangga keenam ke tangga ketiga dalam ranking perseorangan budak perempuan bawah 15 tahun sedunia.



Presiden STTA Ellen Lee berkata:



"Kami amat berbangga dengan pencapaian Izaac ini. Dia telah berusaha gigih dan kejayaan ini adalah keseluruhannya miliknya."



Pada Ogos 2019, Koen Pang menjadi warga Singapura pertama mendahului ranking tenis meja sedunia dalam kategori budak lelaki bawah 18 tahun.



Dia memenangi pingat emas perseorangan lelaki dalam Sukan Sea pada tahun yang sama.




"Saya berharap pencapaian saya ini dapat memberi inspirasi kepada pemain lebih muda dengan menyertai saya dan menceburi tenis meja dan terus membantu Singapura bangkit."
- Izaac Quek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >