INDONESIA dan Malaysia bersetuju pada Ahad (11 Okt) untuk mempunyai satu set baru piawaian bagi menghasilkan minyak sawit mapan alam sekitar, sementara Kuala Lumpur turut berikrar akan meningkatkan kerjasama bagi membantu mencegah kebakaran tanah dan hutan di Indonesia.
Komitmen itu didedahkan berikutan mesyuarat antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo di istana presiden Bogor, di luar Jakarta.