Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Jamiyah bantu secara meluas

May 07, 2021 | 05:30 AM



SABAN tahun tatkala tibanya Ramadan, suasana di Jamiyah begitu ketara sibuknya dengan pelbagai kegiatan yang dijalankan, sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.



Sememangnya Jamiyah peka dengan hakikat akan suasana menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.



Inilah masanya Jamiyah memerlukan lebih banyak persiapan berbanding bulan-bulan yang lain.



Justeru, segala urusan dan tanggungjawab menghulurkan bantuan, terutama dari segi agihan makanan kepada golongan yang memerlukan, dapat terus berjalan dengan baik.



Bento makanan



Sejak bermulanya Ramadan pada 13 April lalu, Jamiyah telah membahagikan bento makanan untuk juadah berbuka puasa kepada ramai benefisiari (penerima bantuan yang berdaftar) Jamiyah.



Bento iftar ini diagihkan di lima Majlis Pembangunan Masyakarat (CDC), sekali gus meliputi 28 Kawasanundi Perwakilan Kumpulan (GRC).



Dalam masa sebulan, Jamiyah akan mengagihkan juadah iftar kepada 913 keluarga, atau 4,565 benefisiari.



Setiap keluarga akan diberikan makanan berkhasiat dan mengandungi sebahagian nasi, daging dan sayur-sayuan yang memadai untuk lima orang.



Salah seorang benefisiari Jamiyah, Cik Hamidah, yang tinggal di Choa Chu Kang, berkata:



'Syukur Alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada semua staf Jamiyah.



"Sekarang saya tidak bekerja sebab sakit, dan gembira bila terima pengagihan makanan dari Jamiyah.''



'Meat-for-Eid'



Satu lagi inisiatif agihan makanan kendalian Jamiyah ialah agihan 'Meat-for-Eid'.



Ini adalah sebahagian daripada usaha tahunan Jamiyah sejak 2017 untuk menceriakan mereka yang kurang bernasib baik, supaya mereka dapat memasak lauk yang biasanya disiapkan pada musim perayaan.



Tahun lalu, Jamiyah telah mengagihkan 1,000 pakej 'Meat-for-Eid' di lima kawasan undi.



Tahun ini, oleh sebab meningkatnya kadar mereka yang meminta bantuan makanan daripada Jamiyah, ia akan menggandakannya kepada 2,000 pakej.



Pengedaran pakej 'Meat-for-Eid' ini lazim dilakukan satu atau dua minggu sebelum Hari Raya supaya para benefisiari dapat menyiapkan dan menikmati hidangan perayaan semasa Hari Raya.



Daripada jumlah 2,000 pakej yang akan diagihkan, 850 keluarga merupakan benefisiari yang berdaftar dengan Jabatan Pendekatan dan Pembangunan Masyarakat Jamiyah (CODD).



Kelima-lima CDC akan menerima pakej 'Meat-for-Eid' mereka dari 3 hingga 7 Mei ini.



Sementara itu, lagi 1,150 keluarga dari lapan kawasan undi akan diberi pakej mereka pada 8,9 dan 11 Mei ini.



Pada 8 Mei juga, sukarelawan Jamiyah akan membuat agihan habuan makanan dari rumah ke rumah kepada benefisiari yang kurang daya pergerakan.



Barangan makanan yang diagihkan dalam pakej 'Meat-for-Eid' ini lebih tertumpu kepada barangan untuk persiapan juadah Hari Raya.



Tahun ini, setiap daripada 2,000 benefisiari ini akan mendapat satu kilogram (kg) beras; dua ekor ayam, dua kg daging; satu paket ketupat segera; satu paket pes rendang dan satu paket serondeng.



Jamiyah berterima kasih kepada para penderma dan penaja atas sumbangan barangan makanan kepada Jamiyah Food Bank, yang turut digunakan semasa pengagihan pakej 'Meat-for-Eid' ini.



'Project Happiness'



Di samping mengagihkan bantuan makanan, Jamiyah juga menghulurkan bantuan dari segi fizikal dengan projek ubah elok rumah satu benefisiari yang memerlukan.



'Project Happiness' merupakan projek pendekatan masyarakat oleh penghuni Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah), di mana sekumpulan penghuni Darul Islah mengambil masa seminggu untuk membersihkan, mengecat dan memasang perabot baru pada rumah benefisiari tersebut.



Kerja ubah elok di bawah naungan 'Project Happiness' ini mampu direalisasikan dengan sokongan daripada penderma individu dan korporat yang membeli perabot seperti mesin cuci dan katil baru untuk benefisiari projek ini.



Selain menceriakan kehidupan benefisiari ini sempena musim perayaan, 'Project Happiness' juga memberi peluang kepada penghuni Darul Islah untuk berbakti kepada masyarakat dan berinteraksi dengan golongan kurang kemampuan, sekali gus memupuk sifat ihsan dalam diri mereka.



Bagi 'Project Happiness' edisi Hari Raya Aidilfitri 2021, enam penghuni Darul Islah telah memulakan kerja ubah elok pada rumah benefisiari sejak 26 April lalu.



Mereka akan menyerahkan rumah yang baru dihias itu kepada benefisiari pada 12 Mei.



Justeru, Jamiyah berusaha menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada benefisiari sepanjang Ramadan.



Sukarelawan



Namun, bantuan yang diberikan secara meluas ini tidak mungkin tercapai tanpa penat lelah para sukarelawan Jamiyah yang membantu mengasingkan, membungkus dan mengagihkan bento iftar dan pakej 'Meat-for-Eid' kepada benefisiari kami.



Sukarelawan Jamiyah terdiri daripada individu dan kumpulan dari pelbagai peringkat umur - ada yang masih bersekolah dan ada juga yang sudah bersara.



Selain itu, pegawai Jamiyah turut meluangkan masa lapang mereka di luar waktu kerja untuk menjadi sukarelawan bagi membantu persiapan kegiatan-kegiatan yang dijalankan sepanjang Ramadan.



Umpamanya pada 17 April lalu, kumpulan BravoZuluSG yang menggalak gaya hidup yang aktif antara anggota mereka telah mengumpulkan seramai 75 sukarelawan dan 25 kereta untuk membantu dalam pengagihan habuan makanan kepada 100 benefisiari yang kurang daya pergerakan di rumah mereka masing-masing.



Encik Muhammad Arif Md Salleh, Ketua Jabatan Sukarelawan Jamiyah, berkata:



"Sukarelawan Jamiyah merupakan teras kegiatan yang dijalankan di Jamiyah. Tanpa mereka, kegiatan dan bantuan yang dianjurkan tidak mungkin dapat dihulurkan kepada seramai benefisiari kami pada hari ini."



Encik Muhd Ridzwan Mohd Erfan, 36 tahun, seorang sukarelawan dengan Jamiyah berkata:



"Saya mula menjadi sukarelawan menghantar bento iftar pada tahun lalu. Tahun ini, saya tetap teruskan dengan usaha sukarela ini kerana saya gembira dapat membantu mereka (yang memerlukan)."



Sukarelawan Jamiyah diberi peluang dan didedahkan kepada pelbagai kegiatan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Jamiyah, Bank Makanan Jamiyah dan juga pusat-pusat pendidikan Jamiyah.



Jamiyah amat mengalu-alukan pendaftaran sukarelawan yang berminat untuk membantu Jamiyah membawa keceriaan dalam kehidupan golongan yang memerlukan.




INGIN JADI SUKARELAWAN?



- Daftarkan diri anda sebagai sukarelawan Jamiyah hari ini: https://www.jamiyah.org.sg/be-a-volunteer/



- Dalam pada itu, tunaikanlah zakat anda dengan Jamiyah supaya kami dapat membantu lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >