Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

JAMIYAH SINGAPURA

Qari, qariah masyhur serikan Nuzul Al-Quran

Apr 15, 2022 | 06:17 AM



PERISTIWA Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad saw. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.



Sambutan Nuzul Al-Quran sudah menjadi tradisi Jamiyah Singapura setiap tahun, untuk memperingati dan menghidupkan hari di mana Al-Quran telah diturunkan kepada kita dahulu.



Secara lazim, Jamiyah menjemput pelbagai qari dan qariah yang masyhur dari dalam dan luar negara. Saban tahun, acara ini diterima dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat yang mencari keberkatan Ramadan dengan menghadiri majlis tersebut.



Selama dua tahun berturut-turut, Majlis Nuzul Al-Quran secara fizikal tidak dibenarkan, oleh kerana langkah-langkah ketat dek wabak Covid-19. Namun Jamiyah Singapura terus berusaha mengendalikan majlis ini dalam talian dimana qari dan qariah jemputan tersebut terus mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk dihayati bersama.



Pada tahun ini pula dengan pembukaan bertahap-tahap, Majlis Nuzul Al-Quran akan diadakan secara fizikal di Pusat Islam Jamiyah, dan juga akan ditayangkan secara langsung dalam talian di Facebook Jamiyah Singapura.



Memberitahu kepada Berita Harian (BH), Naib Presiden Kanan 2 Jamiyah Singapura, Encik Yunos Shariff, berkongsi keunikan Majlis Nuzul Al-Quran yang akan diadakan pada 17 April ini.



"Alhamdulillah, setelah diberi kelonggaran oleh pemerintah untuk membenarkan kami mengadakan acara melebihi jumlah yang terhad, kami telah bersedia untuk mengadakan Majlis Nuzul Al-Quran secara fizikal dan di wadah Facebook Jamiyah Singapura.



"Kami telah menerima pendaftaran yang amat memberangsangkan daripada masyarakat Islam, badan-badan berkanun, kumpulan Al-Quran dan juga badan-badan Islam yang ingin menyertai Majlis ini secara fizikal.



"Lebih bermakna lagi, setiap pendaftar yang hadir di Pusat Islam Jamiyah untuk majlis itu, akan menerima senaskah edisi terhad Ensiklopedia Mushaf Al-Quran bernilai $80, sempena ulang tahun Jamiyah Singapura yang ke 90.



"Kami telah menghadkan kehadiran secara fizikal kerana pendaftaran sudah penuh. Tetapi kami ingin sekali mengajak masyarakat Islam turut sama mengikuti Majlis Nuzul Al-Quran secara 'Live' atau langsung di Facebook Jamiyah," kata Encik Yunos.



Tambah beliau lagi, bagi mereka yang hadir ke Majlis Nuzul Al-Quran secara fizikal, mereka berpeluang untuk menunaikan zakat mereka bersama Jamiyah.



Antara undangan qari dan qariah yang dijemput dalam dan di luar negara adalah Ustaz Ahmad Daniyal Mohd Rizal dan Ustazah Widadul Widad dari Singapura, Dr Anuar Husin dan Ustazah Noramalina dari Malaysia. Selain itu Encik Dasrizal M.Nainin dan Cik Asrinah Asril dari Indonesia dan Qari Undangan Istimewa dari Mesir, Sheikh Mostafa Al Syarqawi, bakal hadir di acara tersebut.



Majlis turut diserikan dengan tazkirah khas oleh Ustaz Saripi Rawi dan Ketua Dakwah Jamiyah, Ustaz Mohd Suhaimi Fauzi.



Bagi anda yang tidak ingin melepaskan peluang untuk bersama-sama hadir pada majlis yang penuh barakah ini, sila ke Facebook Jamiyah Singapura secara langsung pada Ahad 17 April 2022, bermula pada 10 pagi hingga 12 tengahari.



Anda juga dijemput untuk melaksanakan zakat anda melalui khidmat Mobile Amil yang dikendalikan oleh Jamiyah. Dengan tema 'Picit Sahaja, Amil Sampai', inisiatif ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Islam yang datang daripada pelbagai latar belakang.




MAKLUMAT LANJUT KHIDMAT/KEGIATAN



Maklumat lebih lanjut tentang khidmat-khidmat dan aktiviti-aktiviti Ramadan yang dikendalikan oleh Jamiyah Singapura boleh didapatkan melalui wadah-wadah yang tertera di bawah:



31 Lorong 12 Geylang Singapura 399006



Telefon : 6743 1211



E-mel : info@jamiyah.org.sg



Laman dalam talian: www.jamiyah.org.sg



Facebook: @jamiyahsg



Instagram: @jamiyahsg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >