Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Jatuh hati dengan kuih keria istimewa

Apr 04, 2021 | 05:30 AM



PERTAMA kali beliau merasai kuih keria isterinya, beliau begitu terkesan dengan kelazatannya.



Secara jujur, Encik Abdul Walid Mohamed Moehtar, 27 tahun, seorang operator penerbangan sebelum ini tidak begitu gemar memakan kuih Melayu.



Walaupun Cik Nursyazwani Ridzwan, 29 tahun, pada mulanya tidak yakin untuk menjual kuihnya itu, dengan sokongan Encik Walid serta kakaknya, pasangan itu kerap mempraktikkan resipi yang diajar ibu isterinya supaya dapat dijual.



Perniagaan dari rumah itu (HBB) baru sahaja bermula pada Februari dalam talian yang dipanggil Sukma Rasa.



"Kakak sayalah yang mencetuskan idea untuk menjual kuih keria kerana setuju bahawa ia sedap dan tidak banyak tempat menjual kuih keria yang lebih inti keledek berbanding tepung," cerita Encik Walid yang mempunyai dua anak berusia enam dan 10 tahun kepada Berita Minggu (BM).



Kuih Melayu memang sukar untuk dibuat sebab jika tersalah langkah, kuihnya akan rasa lain, katanya.



"Setiap langkah sangat penting. Untuk membuat kuih keria ini pun makan masa. Jika kami berdua bekerjasama, kami boleh membuat hingga 500 keping kuih keria dan ia mengambil masa setengah hari, dari subuh hingga zuhur," kongsi Encik Walid yang kemudian berkata jika mereka tersalah membuat resipi kuih tersebut, mereka akan mula semula, membuat adunan yang baru.



"Jika rebus keledek terlalu lama, nanti lembik pula, kalau rebus pendek sikit, kuih kerianya nanti keras, buat kuih keria ni 'sensitive' sangat," tambahnya.



Sukma Rasa kini hanya menjual kuih keria dan itu menjadi juadah keistimewaannya.



Tujuan Encik Walid ingin menjual dan mulakan perniagaan Sukma Rasa ialah kerana ingin mengongsi kelazatan kuih Melayu seperti apa yang dialaminya.



Kini, sudah masuk ke bulan ketiga Sukma Rasa berniaga dan respons sangat memberangsangkan, katanya.



"Pada mulanya, lebih kepada keluarga dan rakan yang membeli. Tetapi sekarang sudah lebih orang yang kami tidak mengenali mula membuat pesanan," jelas Encik Walid.



Dalam pada itu, Encik Walid sedar bahawa ramai remaja dan generasi yang lebih muda tidak tahu sangat mengenai kuih tradisional Melayu.



"Untuk mengajak semula mereka mengenali kuih Melayu, saya rasa kuih Melayu ini boleh adakan versi yang diubah suai. Tetapi tetap ada yang asli, tambah dengan kreativiti," kongsinya.



Sebagai contoh, beliau mencipta kuih keria pandan gula melaka.



Dengan itu, beliau harap ia dapat menarik perhatian generasi muda untuk mencuba kuih Melayu dan pada masa yang sama, kuih keria aslinya dapat menarik pelanggan yang berumur.



"Pada pendapat saya, antara cara untuk menggalak generasi muda untuk makan kuih tradisional Melayu ialah untuk membelinya sahaja. Terutama jika ada perhimpunan atau acara, untuk pencuci mulut, belilah kuih Melayu. Jika ia dihidangkan, orang akan tetap makan," nasihatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >