Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PERSONALITI HIBURAN

Norish ratapi ayah ibu

Jauh di mata dekat di hati
Feb 14, 2021 | 05:30 AM



SIAPA yang mengenali pelakon Norish Karman secara dekat tentu setuju betapa beliau mempunyai semangat yang kental dan "garang" lebih-lebih lagi kalau soal melindungi anak-anaknya.



Namun satu soalan yang diajukan kepada Norish atau nama sebenarnya Nor'Ashikin Karman dalam episod kedua The BM Show musim ketiga, telah membuat aktres kelahiran Singapura ini tidak dapat menahan sebak... air matanya langsung tumpah, tak dapat dibendung.



Sebabnya? Beliau rindu bukan kepalang terhadap kedua-dua orang tuanya yang berada jauh di mata di Singapura.



Norish, ibu tunggal empat orang anak kandung berusia antara 10 tahun dengan awal 20-an dan empat anak angkat, tidak dapat pulang ke Singapura sejak setahun lalu gara-gara Covid-19.



"Dah setahun saya tak dapat jumpa, tak dapat peluk bapak dan umi saya... Allah... rindunya saya kepada mereka. Bercakap menerusi video tak sama...," kata Norish yang bercakap daripada rumahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur.



Orang tuanya, Sherifah Salmah Aljunied, dan bapanya Karman Sukarjo berada di Singapura bersama dua beradik perempuannya yang lain.



"Saya ini tak ada suami, nak manja cuma dengan anak-anak dan bapa dan umi. Kadangkala, mahu juga saya luahkan perasaan... tapi orang-orang yang saya sayang dan faham dengan saya jauh di mata. Doakan semoga saya kuat mengharungi ini semua," kata Norish dengan linangan air mata.



Di Kuala Lumpur, Norish akui melalui cabaran besar sebagai ibu tunggal sejak 12 tahun lalu, lebih-lebih lagi beliau tidak lagi banyak menerima tawaran belakon sejak mengenakan tudung.



Beliau berpisah dengan suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, seorang usahawan dan bekas Anggota Dewan Negeri (Adun) Seri Menanti, Negeri Sembilan, selepas hidup bersama selama 10 tahun.



"Bukan tak ada tawaran langsung, tetapi saya terpaksa tolak apabila disuruh buka tudung. Selain itu, saya juga akan tolak jika penggambaran drama memaksa saya berjauhan dengan anak-anak untuk tempoh yang lama," ujarnya.



Justeru untuk menampung hidup, Norish dan anak-anaknya sejak beberapa tahun lalu telah memulakan perniagaan makanan dari rumah.



Beliau kemudian diberi tawaran mengendalikan gerai di bangunan berdekatan rumah tetapi gara-gara pandemik, gerai tersebut terpaksa dihentikan operasinya dan mereka kembali berniaga dari rumah.



Perniagaan makanan yang dikendalikan dinamakan Four Hungry Bears, yang antara lain menyajikan makanan Barat seperti stik dan nasi itik, merupakan idea anak-anaknya.



"Saya akur kehidupan saya sekarang sangat jauh berbeza berbanding zaman saya aktif berlakon dulu.



"Demi anak-anak, saya tinggalkan kerjaya saya. Sejak jadi ibu tunggal, saya rasa showbiz bukan dunia saya lagi. Saya kuburkan cita-cita saya. Namun saya tetap bersyukur kerana sentiasa dapat bersama anak-anak. Mereka sangat berdikari, berdisiplin dan ambil berat terhadap kesejahteraan saya," ujarnya.



Norish, sebelum berhijrah ke Malaysia dikenalkan ke dunia hiburan sebagai model dan pengacara rancangan majalah televisyen, Potret Keluarga. Beliau juga berlakon dalam drama-drama tempatan.



Pelakon filem Sayang Salmah itu berkata beliau terbuka untuk menerima tawaran berlakon atau menghoskan rancangan majalah atau bual bicara di Singapura.



"Singapura tempat saya bermula. Janganlah lupakan saya... saya berbesar hati untuk kembali ke sana jika ada yang sudi menawarkan peluag memanfaatkan pengalaman saya dalam showbiz," ujarnya



Ikuti temu bual dengan Norish Karman dalam segmen Hiburan dalam Episod Kedua The BM Show musim ketiga yang disiarkan hari ini di Facebook dan Istagram Beritaharian.sg mulai 10 pagi.




JANGAN LUPA SAYA SINGAPURA!



"Singapura tempat saya bermula. Janganlah lupakan saya... saya berbesar hati untuk kembali ke sana jika ada yang sudi menawarkan peluang memanfaatkan pengalaman saya dalam 'showbiz'.''



DOAKAN SAYA KUAT HARUNGI CABARAN



“Saya ini tak ada suami, nak manja cuma dengan anak-anak dan bapa dan umi. Kadangkala, mahu juga saya luahkan perasaan... tapi orang-orang yang saya sayang dan faham dengan saya jauh di mata. Doakan semoga saya kuat mengharungi ini semua.’’




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >