Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Jauh Lebaran' dekatkan 3 anak seni

May 17, 2021 | 05:30 AM



LAGU Hari Raya, Jauh Lebaran, sama sekali tidak dirancang sedang penggubah Zulhilmi dan penyanyi Shalyza Rosly sibuk mengusahakan single balada yang dijadualkan terbit pada Ogos ini.



Namun, ada desakan kuat bagi mengusahakan lagu ini dengan bantuan penerbit Shawal Ziyad daripada Sallys Music Productions.



Sebagaimana yang dikongsi Zulhilmi:



"Pembikinan lagu Jauh Lebaran ini tercetus mengenangkan nasib pekerja-pekerja migran yang tidak dapat pulang ke negara masing-masing demi menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana pandemik Covid-19.



"Saya dan Shalyza menghasilkan melodi ini secara bersama. Saya mengarang liriknya. Kami kemudian menghantar demo lagu ini kepada Shawal.



"Tak sangka lagu ini keluar dahulu daripada lagu balada Shalyza. Yang menarik, kedua-dua Shalyza dan Shawal banyak memberi idea menarik dalam memperkasa lagi irama Jauh Lebaran."



Bagi Zulhilmi yang sebelum ini menghasilkan lagu Sederhana buat juara Suara 2.0, Syah Riszuan (Syaz Smooth), lagu ini membawa tiga pesanan.



"Pertama, kami ingin sebarkan pesanan tentang pentingnya memupuk sifat menjaga satu sama lain semasa beraya dalam pandemik ini.



"Kedua, perlu ada rasa peduli tentang nasib musafir yang mencari rezeki buat keluarga.



"Akhir sekali, harus ada rasa bersabar dalam mengharungi segala cabaran pada masa sukar," ujar Zulhilmi.



Shawal pula rindukan musim perayaan seperti dahulu. Lantaran itu, lagu ini adalah satu cara beliau menyumbang kepada koleksi lagu Raya tempatan dan sekali gus mewujudkan semangat beraya yang dihambat Covid-19.



Shalyza, peserta Anugerah 2017, pula menambah:



"Selama dua tahun Hari Raya diraikan dalam suasana pandemik Covid-19.



"Kami semua rindu beraya beramai-ramai dengan keluarga tercinta, sahabat handai dan juga saudara-mara.



"Tak tahu bila lagi dapat beraya macam dulu lagi. Justeru itu, lagu ini dihasilkan sebagai ingatan pada tempoh bahagia menyambut Lebaran beramai-ramai.



"Pesanan bagi tahun ini agar keselamatan dan kepentingan menjaga diri dan keadaan sekeliling tidak diabaikan. Semua ini demi mengecapi hari kemenangan di mana kita dapat membendung penularan wabak Covid-19."



Dalam keterbatasan masa dan pergerakan, Jauh Lebaran dapat dihasilkan dalam tempoh sebulan.



Menurut Shawal, melodi dan susunan muzik dalam lagu Raya adalah kunci merasakan suasana meriah Hari Raya sejurus seseorang mendengarnya.



Ada keseimbangan susunan irama yang sayu dan ada jua yang rancak ibarat satu perlambangan sambutan Lebaran yang penuh suka duka, keceriaan dan kesyahduan.



Bagaimana mendapatkan 'feel' lagu Raya?



Kata Shalyza:



"Senang sahaja. Situasi Covid-19 mengajar saya erti kerinduan. Dahulu, kita tidak perlukan pelitup dan dapat beramah mesra dengan keluarga dan sahabat handai semasa Lebaran.



"Kesedihannya tak dapat buat begitu kerana harus perhatikan jarak selamat yang saya alihkan dalam emosi lagu ini."



Lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Wany Hasrita menjadi rujukan dalam menghasilkan lagu Jauh Lebaran.



Pada akhirnya, ketiga-tiga anak seni ini seronok menjalin persahabatan dan persefahaman dalam muzik.



Kata Zulhilmi:



"Banyak idea muzik yang kami kongsi. Keakraban kami terjalin dengan pegangan kami akan saling menghormati pandangan satu sama lain."



Shalyza pula menambah:



"Melalui kerjasama tiga pihak ini, saya lebih dapat memahami teknik meletakkan lebih 'feel' dalam lagu, teknik suara dan juga selalu bersikap terbuka apabila nyanyian saya diulas orang lain."



Shawal pula menganggap sinergi dan kerjasama dalam menghasilkan dimensi berbeza merupakan satu proses kreatif yang dihargai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >