Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Jaya tukar kerjaya ke perbankan hasil cekal hati, gigih usaha

Setempat
27
0

BERITA

Jaya tukar kerjaya ke perbankan hasil cekal hati, gigih usaha

Lulusan poly dapatkan diploma pakar analisis perniagaan agar dapat kerja di bank dan buru ijazah sambilan
Dec 30, 2020 | 05:30 AM

WALAUPUN dalam keadaan pandemik Covid-19, Encik Muhammad Qayyumullah Mohd Taufik cekal melanjutkan pelajaran dan beralih daripada bidang sains ke bidang perbankan.

Beliau lulus dengan diploma dalam bidang sains farmaseutikal daripada Politeknik Republic (RP) tetapi sekarang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang perbankan.

Encik Qayyumullah cekal dan bersikap positif sekalipun beliau tidak mempunyai latar belakang perbankan dan permohonannya untuk memasuki Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dalam jurusan analisis perniagaan ditolak.

Beliau tidak memutus asa lalu membuat keputusan belajar dan melengkapkan diri dengan pengetahuan analisis perniagaan terlebih dahulu sebelum memohon ke SUSS sekali lagi.

Berdasarkan kajiannya, Encik Qayyumullah mendaftarkan diri ke RP bagi program Diploma Pakar bagi Analisis Pernigaan (SDBA).

"Kursus itu ialah bagi individu baru dalam bidang ini, misalnya mereka yang ingin membuat perubahan kerjaya. Dalam kata lain, kursus ini adalah yang paling sesuai untuk saya," ujar Encik Qayyumullah, yang bersekolah rendah dan menengahdi Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Menerusi kursus itu, Encik Qayyummulah meraih kemahiran perbankan dan kewangan.

"Setelah memperoleh sijil pascadiploma kedua dalam analisis perniagaan, saya memutuskan mencari pekerjaan dalam bidang perbankan untuk mendapatkan pengalaman, pendedahan dan pengetahuan.

"Sebelum mendapat sijil itu, tiada majikan ingin mengambil saya bekerja. Namun, dengan sijil ini, saya menerima banyak tawaran dan sekarang saya bekerja sebagai pengurus wang di bank Standard Chartered," kongsinya dengan perasaan bersyukur.

Encik Qayyumullah berkata rancangan asalnya ialah mengejar ijazahnya dalam bidang sains di universiti tempatan. Bagaimanapun, permohonannya ditolak dan beliau kemudian menimbangkan melanjutkan pelajaran di universiti swasta.

"Kos belajar di universiti swasta tinggi, oleh itu saya bekerja sebagai jurutera makmal untuk mengumpul wang dahulu. Ketika saya ingin mencari dalam talian pekerjaan lain dengan gaji lebih tinggi, saya terlihat tawaran pekerjaan 'analisis perniagaan' dan tertarik pada pendapatannya.

"Saya juga mempunyai kawan yang belajar dalam jurusan itu dan beliau mencadangkan agar saya melanjutkan pelajaran dalam bidang itu di SUSS memandangkan saya sangat berminat pada bidang itu," ceritanya.

Encik Qayyumullah percaya ada sebab di sebalik semua perkara yang berlaku, yang sekarang membolehkan beliau bekerja di bank Standard Chartered Singapura sambil belajar secara sambilan di SUSS dalam bidang analisis perniagaan.

"Semua ini tidak akan tercapai tanpa SDBA. Ia membantu dalam peralihan kerjaya saya dan membawa saya ke industri yang saya inginkan.

"Dengan diploma pakar itu, saya dapat memahami tahap asas dan pengetahuan domain yang diperlukan untuk bekerja di bank. SDBA membantu saya dalam pekerjaan saya sekarang dengan mewujudkan peluang untuk belajar mengenai industri perbankan.

"Nasihat saya kepada sesiapa yang ingin menukar kerjaya atau kembali ke sekolah, janganlah terburu-buru membuat keputusan. Buatlah keputusan anda berdasarkan apa yang anda fikirkan sesuai, tetapi yang lebih penting, anda harus bersikap realistik," kata Encik Qayyumullah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3