Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Jayakan Pertahanan Mutlak demi keutuhan negara

Feb 17, 2014 | 06:00 AM

Pertahanan Mutlak adalah sebahagian penting daripada kehidupan kita di Singapura. Ramai yang telah menyumbang secara langsung atau tidak bagi menjayakannya prinsip tersebut demi kesejahteraan bersama. Namun sayangnya, masih ramai yang menyangka Pertahanan Mutlak bererti mempertahankan Singapura dari segi ketenteraan sahaja. Ini adalah tidak tepat dan boleh merugikan. Pertahanan mutlak, pada hakikatnya, meliputi segala aspek kehidupan - daripada sekecil-kecilnya, hinggalah sebesar-besarnya - yang boleh menyumbang kepada keutuhan negara dan rakyat. Ia boleh meliputi tindakan semasa aman seperti mengedarkan pelitup apabila ruang angkasa kita diselimuti jerebu atau ketika kita diancam jangkitan kuman berbahaya.

Setiap warga mempunyai tanggungjawab mempertahankan negara demi menjamin keselamatan dan penakatan bersama. Justeru, pelancaran filem pendek sempena kempen Pertahanan Mutlak 2014 (TD 2014) bertemakan '30 tahun Pertahanan Mutlak: Kerana Anda Memainkan Peranan', adalah tepat masanya bagi meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya pertahanan tersebut dan bagaimana setiap orang dapat memainkan peranan masing-masing.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >