Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Jenjang Dilaras Sejarah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Jenjang Dilaras Sejarah

Feb 14, 2014 | 03:35 PM

Disini kita santai
Walau tak berpantai landai
Berpagarkan nyiur gemalai melambai
Tetap sungainya mengalirkan emas bernilai
Juga tiada berkancah
Tersadainya sisa sampan pecah
Jung jukung berselerak tersepah
Berdansa bersama aneka rona sampah
Segala harga tunai
Warnai hati bumi pertiwi
Sedang menari diujung pelangi
Bermandikan peluh berlangir kasturi
Tak siapa pintas bicara
Sanggup lagak menatang bara
Menuai tunai barakah bakti purnama
Di pura persada sakti menyunting kenanga
Di senja mana lagi kan berteduh
Adakah di awal fajar meremang subuh
Ataukah di putih layar pantang berlabuh
Merindukan tenang dermaga sentiasa bersauh….?
Sila sabar beratur
Sementara laut gelora bertutur
Di persemadian halilintar runduk tafakur
Menyingsing doa khusyuk melabur sujud syukur
Kungkapkan melepas pasrah
Di punggung tanah bertuah
Curahkan nafas tegak melangkah
Menoktahkan jenjang dilaras sejarah

E.F.KAMALUDIN

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3