Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Jiwa sukarelawan tersentuh dek derita pesakit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

SIRI LAPORAN DEMENSIA

Jiwa sukarelawan tersentuh dek derita pesakit

Jul 25, 2021 | 05:30 AM

MEMPUNYAI semangat sukarelawan sejak awal tahun 2000, Cik Linda Ma'arof selalu terlibat dalam pelbagai usaha sukarela dalam masyarakat.

Daripada mendampingi masyarakat sebagai Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Kelab Masyarakat Yuhua hingga memenangi pelbagai anugerah seperti pertandingan Mrs Singapore Malays International pada 2015, Cik Linda berkata beliau selalu berniat untuk melakukan yang termampu dan memberi kembali kepada masyarakat.

Apabila terbaca satu catatan di Facebook oleh The Chapal Malay Dementia Community, sebuah kumpulan yang bertujuan mendekati masyarakat Melayu/ Islam Singapura agar membantu pesakit demensia, Cik Linda tertarik untuk mengetahui bagaimana beliau dapat menyumbang kepada usaha tersebut.


[Pandangan masyarakat terhadap demensia. - Video oleh HARITH MUSTAFFA]

Mempelajari dan memahami kepentingan menyokong usaha membantu pesakit demensia, beliau yang kini merupakan Pemimpin Sukarelawan Masyarakat, The Chapal Malay Dementia Community berharap dapat mewujudkan masyarakat yang ramah dan penyayang demensia.

SUKA LAKUKAN KERJA SUKARELAWAN

Kerja kebajikan, sentiasa dekat di hati Cik Linda.

Eksekutif kewangan dan pentadbir ini sering mencari peluang untuk menawarkan masa dan khidmatnya kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai anggota Lembaga Pengarah Pertubuhan Kemanusiaan Bagi Ekonomi Buruh Hijrahan (H.O.M.E) sejak 2016, Cik Linda berkata beliau banyak melakukan kerja untuk membantu golongan migran, terutama pembantu rumah asing di Singapura.

"Ketika menganjurkan peraduan Miss/Mrs Singapore Malays International 2016, saya telah mendapat tahu mengenai badan kebajikan ini dan telah bekerjasama dengan mereka untuk mengumpul dana bagi mendapatkan keperluan mereka," katanya.

Selain memberi tumpuan kepada membantu golongan pembantu rumah asing di sini, Cik Linda turut lakukan kerja sukarela di luar negara seperti Indonesia.

Beliau juga menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Ratu Kecantikan Asean 2018, Anugerah Duta Ratu Kecantikan 500 Teratas 2019, Anugerah Pencapai Inspirasi Global 2020 dan Anugerah Wanita Ikon Antarabangsa SDP 2021.

Katanya, apabila mengetahui mengenai bagaimana demensia menjejas teruk masyarakat Melayu/Islam di sini Cik Linda tergerak untuk menggunakan kepakaran dan pengalamannya mendekati masyarakat dan mendidik mereka mengenai isu ini.

MENINGKATKAN PENGETAHUAN DEMENSIA

Namun, sebelum ini Cik Linda berkata beliau sebenarnya tidak tahu mengenai demensia.

"Dulu saya selalu mendengar perkataan 'nyanyuk' digunakan kepada orang tua yang mungkin sudah selalu lupa-lupa.

"Ia merupakan perkataan yang digunakan untuk memanggil seseorang yang mungkin pelupa. Tetapi tidak pernah menjadi sesuatu yang dibincangkan secara serius.

"Jadi apabila saya lihat catatan Facebook The Chapal Malay Dementia Community, saya tergerak untuk menggunakan kepakaran saya dalam bidang sukarelawan untuk terus mendekati masyarakat," kata Cik Linda, 48 tahun.

Menjalani latihan yang dianjurkan oleh Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA), ibu kepada seorang anak itu berkata beliau dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai demensia dan bagaimana beliau dapat membantu mereka yang menghadapi demensia serta penjaga mereka.

STIGMA DALAM MASYARAKAT

Mengulas mengenai stigma kesihatan mental dan demensia dalam masyarakat kita, Cik Linda menjelaskan lebih banyak yang masih perlu dilakukan.

"Kita perlu tukar anggapan mereka. Ini adalah isu yang serius dan jika tidak dikendali dengan baik akan menjadi teruk.

"Dengan peluang untuk mendekati masyarakat dan mengongsi bersama mereka mengenai demensia, penjaga dapat melihat kemungkinan tanda-tanda awal supaya dapat mendapatkan bantuan secepat mungkin," jelasnya.

"Saya pun dulu tidak tahu dan kini masih belajar lagi.

"Dengan usaha saya dan The Chapal Malay Dementia Community, kita dapat bersama-sama menyediakan persekitaran yang selamat dan masyarakat yang penyayang kepada mereka yang mengalami demensia," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3