Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan runcit S'pura merosot Disember lalu

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



JUALAN runcit Singapura merosot lebih banyak pada Disember lalu selepas kesan acara membeli-belah besar-besaran seperti Hari Bujang dan Black Friday yang merangsang jualan November lalu, pudar.



Jualan runcit Singapura jatuh 3.6 peratus pada Disember berbanding setahun lalu.



Ini penurunan lebih besar daripada kemerosotan sebanyak 1.7 peratus pada November berbanding setahun lalu dan juga berbanding ramalan median sebanyak 2.2 peratus oleh pakar ekonomi yang ditinjau Bloomberg.



Jualan runcit, kecuali kenderaan bermotor, jatuh 4.5 peratus pada Disember lalu berbanding kemerosotan 2.8 peratus November lalu.



Disesuaikan mengikut musim, jualan runcit di sini turun 0.9 peratus Disember lalu berbanding November.



Jualan runcit November lalu pula meningkat 7.3 peratus berbanding Oktober.



Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit di sini turun 0.7 peratus Disember lalu berbanding November.



Namun, jualan runcit November lalu pula meningkat 10 peratus berbanding Oktober, tidak termasuk kenderaan bermotor.



Secara keseluruhan, jumlah jualan runcit dianggarkan mencapai sekitar $4 bilion Disember lalu.



Ini termasuk jualan dalam talian yang membentuk sekitar 11 peratus daripada jumlah jualan runcit secara keseluruhan.



Tidak termasuk kenderaan bermotor, jumlah jualan runcit mencapai sekitar $3.5 bilion, dengan jualan dalam talian membentuk 12.6 peratus daripada jumlah itu.



Kebanyakan industri runcit terus mencatat kemerosotan dalam penjualan mereka Disember lalu.



Industri kosmetik, kelengkapan dandanan diri dan barangan perubatan, gedung serbaneka serta pakaian dan kasut mencatat kemerosotan antara 22.8 dengan 35.4 peratus, dengan industri ini terus terjejas dek ketibaan jumlah pengunjung yang rendah.



Bagaimanapun, jualan dalam industri pasar raya, komputer dan peralatan telekomunikasi serta perabot dan barang rumah pula bertambah antara 20.8 dengan 25.3 peratus.



Ini antara lain didorong oleh jualan lebih tinggi barang dapur, telefon bimbit dan peralatan rumah.



Malah, jualan barangan riadah turut meningkat 10.3 peratus, dengan permintaan lebih tinggi bagi barangan sukan.



Jualan khidmat makanan dan minuman pula jatuh 16.5 peratus Disember lalu berbanding bulan yang sama pada 2019.



Ini bagaimanapun satu peningkatan berbanding kemerosotan 22.4 peratus November lalu.



Dengan permintaan bagi khidmat katering bagi acara kekal rendah, jualan katerer makanan menjunam 73.6 peratus.



Jualan di restoran serta kafe, pusat makanan serta kedai makan lain pula masing-masing turun 17.2 peratus dan 4.9 peratus.



Namun, jualan di restoran makanan segera naik 2.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >