Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Juara 'Projek Lagu' raih keyakinan berkarya lagi

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



WALAU bagaimana dirinya cuba menjauhkan diri daripada muzik kerana melalui tempoh merajuk dek kepayahan menonjolkan muziknya, Yanto Sani, tetap tidak mampu berpisah daripada cinta pertamanya itu.



Dek rasa putus asa, juara peraduan mencipta lagu Mediacorp Suria, Projek Lagu yang melabuhkan tirainya minggu lalu berhenti berkarya sekitar tujuh tahun lalu.



Tumpuan Yanto, yang nama sebenarnya Aryan Siswanto Kamsani, 38 tahun, pada ketika itu adalah komitmen pada keluarga dan selanjutnya perniagaan gunting rambut, The Golden Rule Barber Co.



Namun, detik beliau diumumkan sebagai juara merupakan yang penuh emosi buatnya.



Pertama, beliau mendapat kekuatan untuk kembali mencipta lagu-lagu seperti dahulu dek komen-komen membina juri seberang Tambak, Dr Azmeer dan Datuk Habsah Hassan.



Kedua, beliau teringatkan keluarga yang tidak putus-putus menyokongnya malah merestui dirinya memasuki Projek Lagu demi mengasah semula kemahiran mencipta lagu dan menulis lirik yang dianggapnya sudah 'berkarat'.



Sebagaimana jelas Yanto dalam wawancara Zoom bersama Berita Harian:



"Keluarga saya khususnya ibu bapa dan isteri merupakan punca semangat saya bangkit untuk buktikan saya masih miliki sentuhan peribadi dalam mencipta lagu dan menulis lirik yang boleh diterima masyarakat pendengar.



"Kemenangan dalam Projek Lagu membuka peluang buat saya kembali serius dalam bidang muzik selepas melalui tempoh merajuk dan berputus asa kerana payah mengetengahkan muzik saya.



"Apabila mendengar komen juri dari seberang yang meminati muzik saya, ia memberi saya motivasi untuk terus berkarya."



Dua lagu ciptaan Yanto yang dipersembahkan pada peringkat akhir Projek Lagu adalah Bebas dan Menutup Dosa.



"Kali terakhir saya hasilkan lagu adalah buat Jagad Edge, Hancur. Selepas merajuk, saya ada juga cuba cipta lagu yang dapat disajikan dalam gedung digital Spotify.



"Walau macam mana pun, muzik mendarah daging dalam diri saya. Saya tetap akan kembali pada muzik dalam waktu lapang. Ia ibarat satu wadah 'eskapisme' atau melarikan diri ke alam fantasi, jauh daripada realiti kehidupan," kongsinya.



Yanto bermula dalam bidang muzik sekitar 15 tahun lalu, mengikut jejak dua abangnya yang menganggotai band Sound Salvation dan Wicked Aura.



"Melihat dua abang saya main muzik, saya pun berangan-angan bangunkan band saya sendiri. Lihat teman-teman saya yang hasilkan muzik sendiri, teruja juga ingin mencuba gubah lagu sendiri dan tulis lirik sendiri. Sebab kepuasannya berbeza.



"Saya mula kaji cara kumpulan Dewa 19, Gigi dan Datuk M. Nasir mencipta lagu mereka. Seronok apabila dapat beri sentuhan peribadi pada lagu ciptaan sendiri," kongsi Yanto yang mencipta lagu pertamanya, Novel Cinta buat band Aegyptie.



Mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar komposer pula, Yanto menyifatkan usahanya mencipta lagu Terhenti Di Sini buat penyanyi Malaysia, Asfan Shah, sebagai yang membawa kenangan manis.



Lagu tersebut digunakan sebagai runut bunyi drama terkenal, Nora Elena, lakonan Datuk Aaron Aziz dan Siti Saleha.



"Sebenarnya, pada masa itu, saya temui seorang penerbit Malaysia di studio 'jamming'. Beliau sarankan saya agar kirim lagu itu kepada rakan-rakan muzik di Malaysia.



"Ada semacam satu perhimpunan penggubah lagu,



pemuzik dan penyanyi di Malaysia tetapi lagu saya tiada rezeki dan tidak dipilih.



"Entah macam mana ketika saya sudah ingin pulang dan berada di lobi hotel, penyanyi, Asfan Shah, jumpa saya dan tanya jika saya ada lagu ciptaan sendiri. Saya cukup teruja dan kata, 'Ada!'



"Di lobi juga, saya keluarkan gitar saya dan beri beliau dengar lagu ciptaan saya. Kami bertukar nombor telefon dan dengan sekejapan, Asfan temui saya di Singapura seminggu selepas itu.



"Lagu itu ada rezeki, diterima label rakaman dan turut digunakan bagi drama Nora Elena. Itulah pencapaian yang bermakna buat saya walaupun ketika itu, saya tidak tahu-menahu tentang urusan hak cipta lagu apabila digunakan di Malaysia," jelas Yanto lagi.



Dengan kemenangan $20,000 bagi Projek Lagu, beliau kini merancang untuk menghasilkan program YouTube yang dappat memajukan bakat Singapura.



Sementara itu, naib juara Projek Lagu, Mohamed Zulhilmi Mohamed Ya'acob, pegawai penjara dan Nurariff Mohamed, eksekutif media, kedua-duanya 29 tahun, pula menyifatkan kemenangan tempoh hari sebagai pembakar semangat.



Ini memandangkan mereka pernah melalui tempoh sukar mengemukakan lagu



ciptaan mereka ke corong radio.



"Kami sudah mula mencipta lagu sejak sama-sama bersekolah di darjah empat lagi di Sekolah Rendah Wellington. Kami meraih inspirasi daripada kumpulan Spin dan Exists," jelas Nurariff.



Mohamed Zulhilmi pula menambah: "Kami tiada peralatan khusus mencipta lagu dan mengumpul duit untuk membelinya.



"Hantar lagu sana sini tetapi tidak diterima. Mungkin kerana dari segi bunyian tidak menepati ketetapan pihak radio.



"Mujurlah kami temui Shawal Ziyad dari Sallys Music Productions. Beliau beri kami platform berkarya dan jelaskan kepada kami kriteria yang diperlukan untuk kirim lagu ke radio serta menyusun lagu dengan baik.



"Kami tidak megenalinya sebelum ini tetapi budi baiknya amat dihargai sebab sudi layan kami yang masih mencari ruang berkarya."



Mohamed Zulhilmi dan Nurariff membawa pulang $5,000 sebagai naib juara dan hadiah bonus $3,000 bagi undian penonton terbanyak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >