Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN PIAWAIAN PENGAMBILAN KERJA MOM

Jumlah tuntutan gaji pekerja naik dek Covid-19

Daripada 13,591 tuntutan antara 1 Januari tahun lalu dengan 30 Jun tahun ini, 90 peratus berjaya dapatkan gaji
Nov 20, 2020 | 05:30 AM



JUMLAH tuntutan gaji dalam kalangan pekerja setempat telah meningkat pada tahun lalu dan separuh pertama tahun ini, ekoran prestasi ekonomi umum yang lemah tahun lalu dan penularan Covid-19 tahun ini yang menjejas beberapa sektor.



Jenis tuntutan gaji paling lazim dibuat pekerja setempat - yang terdiri daripada warga Singapura dan penduduk tetap (PR) - adalah gaji asas dan gaji yang boleh diterima semasa menjalani notis diberhentikan kerja, bagi mereka yang diberhentikan serta-merta.



Menurut Laporan Piawaian Pengambilan Kerja 2019/2020, yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Kerja (MOM) bersama Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil dan Progresif (Tafep) serta Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM), jumlah tuntutan gaji meningkat kepada 1.53 tuntutan bagi setiap 1,000 pekerja tahun lalu, berbanding 1.43 pada 2018.



Ini antara lain disebabkan oleh tuntutan lebih tinggi dari industri perdagangan runcit dan borong, sejajar dengan prestasinya yang lemah pada tahun lalu, jelas laporan itu.



Perangkaan itu terus meningkat pada separuh pertama tahun ini kepada 1.73, ekoran gangguan ekonomi disebabkan Covid-19.



"Industri perkhidmatan seperti perdagangan runcit dan borong, kegiatan khidmat sokongan dan pentadbiran serta aktiviti khidmat makanan dan penginapan telah terjejas teruk dan secara bersama, menyumbang kepada 40 peratus daripada kesemua tuntutan gaji yang diadu oleh pekerja setempat," ujar laporan tersebut.



Menunjukkan trend serupa, jumlah tuntutan gaji dalam kalangan pekerja asing meningkat pada tahun lalu, 4.98 tuntutan gaji bagi setiap 1,000 pekerja. Ini berbanding 4.45 pada 2018, kerana lebih banyak tuntutan dibuat oleh pekerja sektor binaan secara berkumpulan.



Tetapi ia merosot pada separuh pertama tahun ini - 3.96 bagi setiap 1,000 pekerja - kerana langkah huraian proaktif bagi isu gaji dalam kalangan pekerja asing.



Daripada 13,591 tuntutan gaji yang dibuat di antara 1 Januari tahun lalu dengan 30 Jun tahun ini, 90 peratus berjaya mendapatkan gaji mereka di Perikatan Tiga Pihak Pengurusan Pertikaian (TADM) atau Tribunal Tuntutan Pengambilan Kerja.



Lebih separuh daripada baki pekerja mendapatkan sebahagian daripada gaji yang tertunggak.



Nilai gaji didapatkan semula adalah $23 juta bagi tempoh itu, kata laporan tersebut.



Dalam pada itu, jumlah tuntutan kerana diberhentikan kerja tanpa sebab adil atau kukuh - seperti kerana diskriminasi, telah melonjak pada suku kedua tahun ini, sejajar dengan pengambilan pekerja setempat yang merosot semasa tempoh itu.



Sejumlah 436 tuntutan sedemikian telah dibuat di bawah Seksyen 14 Akta Pengambilan Kerja, di antara April dengan Jun.



Ini berbanding dengan 209 hingga 279 tuntutan bagi setiap suku dalam empat suku sebelumnya.



Kata laporan itu, banyak tuntutan telah dibuat oleh pekerja yang tidak berpuas hati kerana diberhentikan kerja secara mendadak, antara sebabnya kerana sekatan mesyuarat secara bersemuka ekoran tempoh pemutus litar.



Walaupun dengan kenaikan itu, namun laporan itu tidak mendapati sebarang bukti bahawa lebih banyak majikan yang memberhentikan pekerja mereka secara tidak adil atau menafikan manfaat pembuangan kerja.



Sementara itu, jumlah tuntutan bagi faedah pembuangan kerja kekal rendah pada suku kedua tahun ini, pada 69 tuntutan, tambah laporan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >