Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13

Kajang mengundi 23 Mac ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kajang mengundi 23 Mac ini

Feb 05, 2014 | 03:55 PM

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, di Selangor, akan diadakan pada 23 Mac ini, menurut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari ini.
Hari penamaan calonnya pula ditetapkan pada 11 Mac ini, tambah ketua SPR itu.
Pilihan raya kecil itu, yang ketiga sejak pilihan raya umum pada Mei tahun lalu, terpaksa diadakan selepas Ahli Dewan Undangannya (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Lee Chin Cheh, meletak jawatan pada 27 Januari lalu.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kerusi DUN yang dikosongkan itu, sementara Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum lagi mengumumkan calonnya. – Agensi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3