Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kajian: 4.5j kad kredit, debit digodam, dijual di 'dark web'

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



KAJIAN terbaru oleh NordVPN - syarikat antarabangsa yang menawarkan khidmat rangkaian komunikasi maya secara privet (VPN) - mendapati 4.47 juta kad kredit/debit yang dimiliki warga dari 140 negara telah ditemui dijual di laman pasaran gelap (dark web).



Kad Visa paling lumrah dijual dilaman tersebut, diikuti Mastercard dan American Express.



Lebih mengejutkan lagi, lebih 30,494 kad ini milik warga Singapura, dedah syarikat itu dalam kenyataan kepada Berita Harian baru-baru ini.



Purata harga bagi setiap kad kredit/debit yang ditemui dan dijual adalah AS$9.70 ($13.28) manakala purata harga bagi kad milik warga Singapura pula berharga AS$19.73 ($27.02).



Menurut NordVPN, yang menyediakan khidmat talian komunikasi untuk aplikasi Windows, macOS, Linux, Android, iOS, dan Android TV, sejumlah 1,561,739 daripada 4,481,379 kad ini milik warga Amerika Syarikat (AS).



Negara kedua paling terjejas ialah Australia, dengan 419,806 kad ditemui di laman pasaran gelap.



Kad Visa membentuk jumlah terbesar untuk semua kad asal Singapura, berjumlah 14,704, diikuti Mastercard (12,425) dan American Express (3,365).



"Sejak 2014, kami telah melihat pertumbuhan tekal dalam soal penipuan kad pembayaran di serata dunia. Kami memutuskan untuk melihat berapakah harga bagi setiap kad pembayaran di laman pasaran gelap dan mengapa ada permintaan tinggi untuknya di pasaran gelap," kata Encik Marijus Briedis, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) di NordVPN.



"Jawapannya ialah, penggodam boleh meraih pulangan lumayan dengan cara sangat mudah. Walaupun kad itu berharga hanya AS$10 secara purata, seseorang penggodam boleh meraih AS$40 juta dengan hanya menjual satu pangkalan data, seperti yang kami analisiskan," ujarnya.



Meskipun jumlah terbesar kad yang ditemui dijual datang dari dua negara ini, ia tidak bermakna mereka berada dalam kedudukan sangat rentan.



Menurut kajian, kerentanan bergantung ke atas faktor seperti jumlah kad yang mana kos tidak boleh dipulangkan, populasi penduduk sesebuah negara, dan jumlah kad dalam edaran.



"Sebagai contoh, mengambil kira jumlah besar kad dengan pemulangan nilai, kad AS mungkin lebih baik tetapi masih terdapat sejumlah besar daripadanya didapati digodam di Internet kerana lebih ramai penggunanya di negara itu secara amnya," kata Encik Briedis lagi.



Penyelidik NordVPN membandingkan data kad antara negara-negara dengan perangkaan populasi negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan jumlah kad dalam edaran dari Visa, Mastercard dan American Express bagi menilai indeks risiko dan membandingkannya secara langsung dengan ketersediaannya di laman pasaran gelap.



Indeks risiko warga Singapura dianggarkan pada paras 0.72.



Negara atau wilayah paling rentan ialah Hong Kong, dengan anggaran nilai risiko maksimum di paras 1.



Australia berada di kedudukan kedua paling rentan (0.85), diikuti dengan New Zealand (0.8).



Nilai terendah risiko ialah 0 dan hanya satu negara mencapai paras itu - Belanda.



Menyentuh harga pasaran bagi kad kredit/debit di laman pasaran gelap, NordVPN berkata, harga kad kredit/debit milik warga Singapura dijual antara AS$1 hingga AS$28.



Harga kad termahal boleh ditemui di Hong Kong dan Filipina (purata AS$20), sementara kad termurah di laman pasaran gelap dimiliki rakyat Mexico, Amerika dan Australia (harga serendah AS$1).



Terang syarikat itu lagi, kad Debit Platinum Visa adalah paling lumrah digodam.



Membandingkan antara jumlah kad kredit dan debit, kad debit didapati lebih mudah digodam, dengan 52.44 peratus yang ditemui adalah kad debit dan 47.56 peratus adalah kad kredit.



Menyentuh tentang populariti kad, kad Visa Platinum didapati tiga kali lebih mudah ditemui di laman pasaran gelap berbanding kad versi Signatura.



Trend serupa juga boleh dilihat dengan Mastercard, dengan lebih 9 kali kad Platinum digodam berbanding jenis World.



Bagaimanakah kad-kad ini ditemui?



Menurut NordVPN, ia dilakukan menerusi paksaan komputer.



"Semakin banyak kad yang dijual di laman pasaran gelap telah digodam secara paksaan pengkomputeran. Bayangkan sebuah komputer cuba mengagak kata kunci anda. Ia bermula dengan 000000, kemudian 000001, seterusnya 000002, dan berterusan sehingga ia berjaya mengenal pasti kata kunci yang betul.



"Disebabkan kecanggihan komputer, ia boleh membuat ribuan tekaan dalam sesaat," kata Encik Briedis.



"Apatah lagi, penjenayah tidak menyasarkan seseorang individu atau sesebuah kad secara khusus. Semuanya berkenaan kad mana yang lebih mudah digodam yang boleh dijual."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >