Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kajian: Majoriti warga yakin dapat elak bencana iklim dunia

Namun terdapat jurang persepsi antara realiti isu iklim dan pemahaman warga
Sep 28, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA menghadapi jurang persepsi yang berpotensi memberi kebimbangan, antara realiti iklim dan pemahaman masyarakat tentang kesan bencana perubahan tersebut, menurut hasil tinjauan Barometer Realiti Iklim yang dilakukan Epson.



Tinjauan tersebut mengumpulkan pengalaman dan persepsi tentang perubahan iklim daripada 15,264 individu di serata Asia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Epson, Singapura sudah pun mengalami pemanasan lebih tinggi berbanding purata global disebabkan kesan kepanasan pulau bandar - fenomena di mana bangunan bandar memerangkap kepanasan pada siang hari dan melepaskannya pada malam.



Pun begitu, 52.4 peratus mereka yang dibanci di Singapura bersifat optimistik mereka dapat mengelak daripada bencana iklim dalam kehidupan mereka.



Alasan paling popular yang menyokong optimisme ini adalah kepercayaan bahawa orang ramai lebih menyedari tentang bahaya perubahan iklim (29.5 peratus); peluang untuk menggunakan sains dan teknologi untuk menyelesaikan masalah ini (23.1 peratus); dan keupayaan untuk beralih dari bahan bakar fosil ke sumber tenaga yang boleh diperbaharui (23.1 peratus), menurut Epson.



Namun, terdapat 23.9 peratus yang lebih pesimis.



40.8 peratus daripada golongan tersebut merasakan orang ramai masih belum sedar tentang bahaya perubahan iklim dan 21.7 peratus mengatakan tindakan pemerintah masih tidak memuaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >