Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kali pertama S'pura disenarai antara 15 negara sokong ekosistem halal

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya tahun ini, Singapura disenaraikan antara 15 negara yang mempunyai ekosistem terbaik untuk menyokong perkembangan perniagaan dan aktiviti ekonomi Islam.



Menurut Laporan Petanda Ekonomi Islam Global, yang menilai kesesuaian ekosistem negara dengan aktiviti ekonomi Islam, Singapura kini berada di tangga ke-15.



Sebanyak 81 negara telah dinilai dalam tinjauan yang dikendalikan wadah gaya hidup digital Singapura, CollabDeen dan #HaveHalalWillTravel dengan kerjasama DinarStandard, syarikat kajian Amerika Syarikat.



Malaysia dan Arab Saudi menduduki tempat pertama dan kedua dalam senarai tersebut.



Pemilik bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CollabDeen, Encik Fateh Ali, berkata kemasukan Singapura dalam senarai tersebut menunjukkan peranan penting serta momentum ekonomi Islam untuk Singapura.



"Prestasi kukuh Singapura dalam produk halal serta segmen media dan pelancongan merupakan isyarat positif bagi peranan ekonomi Islam dalam membangkitkan semula ekonomi pasca pandemik," katanya.



Tambah Encik Fateh, Singapura menyumbang sekitar $2.4 bilion terhadap perdagangan halal global yang bernilai sekitar $255 bilion setiap tahun secara keseluruhan.



"(Sumbangan Singapura) merupakan satu peratus jumlah keseluruhan, dan ini menunjukkan potensi dan juga ruang untuk berkembang.



"Dalam tempoh pasca pandemik, akan muncul teknologi yang mengganggu dalam ekonomi digital Islam, ini berbeza berbanding apa yang pernah kita hadapi sebelum ini."



Menurut Laporan Ekonomi Islam Global (SGIE) 2020/21 yang diterbitkan kelmarin, masyarakat Islam membelanjakan sebanyak AS$2.02 trilion ($2.7 trilion) pada 2019 dalam bentuk makanan, produk farmasi, kosmetik, fesyen sopan dan media.



Meskipun tinjauan oleh DinarStandard itu mencerminkan pertumbuhan 3.2 peratus setiap tahun, perbelanjaan masyarakat Islam pada 2020 diramal merosot 8 peratus disebabkan kesan pandemik.



Namun, perbelanjaan selain pelancongan diramal naik semula pada akhir 2021 dan dijangka mencecah jumlah keseluruhan sebanyak AS$2.3 trilion pada 2024.



Aset kewangan Islam pula dianggar mencecah AS$2.88 trilion pada 2019 dan diramal kekal di tahap itu pada 2020.



Pemilik #HaveHalalWillTravel, Encik Mikhail Melvin Goh, berkata rantau Asia Tenggara memainkan peranan kritikal dalam ekonomi Islam global.



"Selain pemimpin pasaran seperti Malaysia dan Indonesia, (peranan) Singapura, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Brunei turut ditekankan dalam laporan itu.



"Secara global, kedudukan Thailand di tangga ke-14 dari segi eksport produk halal sebanyak $6.2 bilion dan sebanyak 4.48 juta pelancong Muslim ke sana menunjukkan ekosistem ekonomi Islam serantau yang rancak dan telah berkembang secara kukuh sejauh ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >