Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Karya teroka persoalan perjalanan dunia, hidup selepas mati

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



LUKISAN monoprintnya ringkas tetapi tercalit makna yang amat mendalam.



Bagi Rifqi Amirul Rosli, 26 tahun, lukisannya meneroka pertanyaan tentang perjalanan insan di dunia yang sementara dan alam sesudah mati.



Beliau, yang juga pencipta skulptur, mendapat inspirasi mencipta lukisannya daripada kegiatan pengembaraan terutama apabila si pengembara itu sedang dalam penerbangan.



Menurut Rifqi: "Penerbangan merupakan satu detik di mana kami tidak pasti sama ada kami akan mendarat dengan selamat atau tidak - meskipun teknologi banyak membantu dalam menjamin keselamatan kami.



"Saya melihat kegiatan itu sebagai satu ruang untuk menerokai isu kerohanian yang kita sebagai manusia hadapi iaitu ketidakpastian dalam ehwal dunia dan kemudian di alam sesudah tamatnya nyawa.



"Bagi saya, hidup kita semasa di dunia ini hampir seolah dalam penerbangan di pesawat, tidak tahu sama ada kami akan selamat mendarat atau sebaliknya, menemui ajal jika terjadinya nahas," ujarnya ketika ditemui.



Sebenarnya lukisan itu merupakan antara bahan percubaan Rifqi semasa di studio.



Sebelum ini, Rifqi pernah menghasilkan skulptur yang mempunyai ciri-ciri serupa dengan lukisan monoprint itu.



Ia juga memaparkan ciri-ciri berdasarkan inspirasi pelbagai bahagian badan dan peralatan pesawat.



Selain meneroka isu kerohanian, kegiatan pengembaraan ini sebenarnya sesuatu perkara yang amat dekat dengan diri Rifqi.



Mengongsi kisahnya, beliau berkata sebelum ini beliau pernah berpindah ke Johor Baru (JB) bersama keluarganya kerana ditimpa kesempitan kewangan.



Pada masa itu, beliau masih menuntut pengajian diploma dalam bidang seni halus di Maktab Seni Lasalle.



"Setiap hari saya perlu bangun awal, naik teksi ke Koswe, pergi ke sekolah, lepas tu pulang ke JB lagi.



"Ketika itu, kami menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya ialah aturan pekerjaan dan kesempitan wang.



"Ketidakpastian itu membuat saya rasa hidup tak tenteram dan saya juga tidak tahu di mana sebenarnya rumah saya itu.



"Jadi memori itulah yang banyak mempengaruhi saya menerokai isu-isu yang mendalam ini," ujar anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu.



Rifqi merupakan antara tujuh seniman tempatan yang dipilih untuk mempamerkan hasil karya mereka dalam pameran UNTAPPED 2021, anjuran Persatuan Pembangunan Seni Visual (VADA), Singapura.



Ia diadakan sejak 15 Januari lalu dan akan berakhir hari ini di 51 Waterloo Street.



Pameran itu diadakan sempena Minggu Seni Singapura (SAW) tahun ini.



Diatur oleh kurator bebas Syed Muhammad Hafiz, beliau berkata, pilihan karya seni dalam pameran berkenaan menunjukkan perkembangan, kematangan serta mutu tinggi yang dijamin dalam kalangan penggiat seni muda tempatan.



"Karya mereka memberikan harapan serta memberi jaminan kepada pengikut dan peminat seni tempatan bahawa mereka kekal berdaya tahan meskipun dalam era pandemik ini."



Ketika ditemui, Syed Muhammad Hafiz berkata tahun ini juga merupakan masa yang lebih cerah bagi dunia seni setempat dengan lebih banyak pameran dianjurkan.



"Yang lebih penting ialah orang ramai perlu tahu, penggiat seni kita di Singapura, tidak berhenti berkarya.



"Sewaktu melaksanakan persiapan buat pameran tahun ini, saya kagum terhadap seniman tempatan yang terus sibuk menghasilkan karya baru, malah menerokai cara penghasilan karya yang baru dalam studio atau di rumah masing-masing meskipun ditimpa cabaran pandemik," kata Syed Muhammad Hafiz lagi.




"Ketika itu kami menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya ialah aturan pekerjaan dan kesempitan wang. Ketidakpastian itu membuat saya rasa hidup tak tenteram... Jadi memori itulah yang banyak mempengaruhi saya menerokai isu-isu yang mendalam ini."
- Rifqi Amirul Rosli mengimbas pengajian diploma dalam bidang seni halus di Maktab Seni Lasalle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >