Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Kata tersirat luahan bersurat

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



Kejayaan

adalah pencapaian kreatif

mengukuhkan keunggulan

daya fikir seseorang

meskipun alam

sunyi menepi

hanya angin sabar bertiup

tegar ke puncak hidup.



Tabah menempuhi

segala yang mencabar

umpama melayari bahtera

di tengah samudera

harungi deru angin

dan ombak ganas.



Begitulah perkembangan

prestasi tersendiri

menjadi laskar pelangi

sesebuah karya

mencorak hidup berkarisma

sebagai pewaris mulia.



Bahasa mengitari jiwa

di pentas dunia

pandangan menenun cerita

lalu dan kini

menjadi kata tersirat

luahan bersurat.



Mengungkap kekata

tak kira masa

lahir dari salur nafasnya

jentera minda pantas melintas

jadi wadah inspirasi bermakna.



Kejayaan adalah kenyataan

bukannya khayalan

selagi tidak dipersia-siakan

subur ia di alam persuratan.



IMAN NOORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >