Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Keluaran Khas Maulidur Rasul SAW 1443H

Kebijakan Rasulullah sebagai bapa idaman

Nabi Muhammad saw mempunyai sifat prihatin, rahmah, utamakan masa untuk anak dan beri ruang dengar pendapat anak, bukan setakat beri arahan dan buat keputusan untuk mereka
Oct 22, 2021 | 05:30 AM



MASJID AR-RAUDHAH



SEPERTI yang kita ketahui, Rasulullah saw merupakan ketua yang disanjungi pengikutnya dan Baginda juga mempunyai kebijaksanaan sebagai bapa idaman.



Berikut adalah perkongsian dari Penolong Ketua, Penglibatan Masyarakat & Pembangunan Dakwah serta Imam Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Hanan Farihin Jasmani, dalam kuliah yang bertajuk 'Kebijaksanaan Rasulullah sebagai bapa idaman'.



Ia merupakan sebahagian daripada siri Kuliah Dhuha bertemakan 'Seni interaksi Rasulullah saw' anjuran Masjid Ar-Raudhah sempena Maulid Nabi saw yang berlangsung baru-baru ini.



Menurut Ustaz Hanan, antara tip untuk menjadi bapa idaman seperti Rasulullah saw termasuk mempunyai sifat prihatin, kasih sayang (rahmah), mengutamakan masa untuk anak-anak, menghulurkan bantuan dan bimbingan dan memberi ruang untuk mendengar pendapat anak-anak agar tidak setakat memberi arahan dan berbuat keputusan untuk mereka sahaja.



"Kalau contoh prihatin, Rasulullah saw sendiri akan mencium anaknya, Ibrahim, di tempat ibu susuannya. Walaupun sibuk, dia akan tetap akan pergi ke rumah ibu susuan untuk menjenguk anaknya dan menciumnya,'' kongsi Ustaz Hanan tentang sifat prihatin Rasulullah.



Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Anas bin Malik berkata: "Saya tidak pernah melihat seorang pun yang lebih mengasihi ahli keluarga (di bawah tanggungan nafkah) seperti Rasulullah.



"Ibrahim (anak lelaki Rasulullah) dicarikan ibu susuan di kawasan kampung-kampung bersebelahan Madinah. Baginda sering bertolak dan kami menemani Baginda. Lalu Baginda memasuki rumah (ibu susuan) tersebut dan ia dipenuhi asap (kerana) suaminya merupakan tukang besi. Baginda pun mengambil Ibrahim lalu menciumnya, (dan mengembalikan Ibrahim kepada ibu susuannya), kemudian Baginda pulang".



SIRI VIDEO MINI TENTANG PERKARA SUNNAH YANG BOLEH DIAMALKAN



Selain dari siri Kuliah Dhuha ini, Masjid Ar-Raudhah turut menerbitkan siri video mini tentang perkara-perkara sunnah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan harian agar dapat meningkatkan kerohanian.



Salah satu videonya yang dipersembahkan oleh Ustaz Hanan sendiri menceritakan bagaimana cara kita minum air yang membolehkan kita mendapat ganjaran.



Anas ra melaporkan bahawa Rasulullah saw menarik nafas tiga kali di luar bekas minuman ketika mahu minum dan berkata: "Ia lebih menghilangkan dahaga, lebih sihat dan lebih berkhasiat".



Anas berkata: "Jadi saya juga menarik nafas tiga kali semasa minum." (Hadis riwayat Imam Muslim)



Jelas Ustaz Hanan: "Menghirup air menenangkan sistem pencernaan kita. Minum sedikit dan perlahan dapat membantu dalam menguatkan sistem pencernaan kita dan meningkatkan metabolisme kita. Pegang bekas minuman di tangan kanan, duduk dan katakan 'Bismillah'. Cara minum adalah untuk mengambil tiap hirupan yang kecil, tetapi menghirup air tanpa melakukan sebarang bunyi, dan menjauhkan bekas itu dari mulut setiap kali dan puji Allah dengan berkata Alhamdulillah.



"Setelah minum air, jangan lupa membaca doa. Anas ra berkata, "setiap kali Nabi saw pergi ke tempat tidurnya, dia akan berkata "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita makan, memberi kita minum, memuaskan kita dan memberi perlindungan.



"Banyak di antara mereka yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat menampung mereka atau memberi mereka tempat tinggal." (Hadis riwayat Imam Muslim)



Ustaz Hanan menasihatkan agar kita semua minum ikut cara sunnah kerana ia akan membersihkan tubuh kita dari toksin dan kotoran yang lain di samping meningkatkan kesihatan.



Video-video lain dalam siri ini termasuklah doa-doa selepas bersin dan tidur sekejap di waktu tengah hari yang dinamakan qaylullah.



Untuk menonton video-video ini, sila layari Facebook: masjid.arraudhahsg atau Instagram @masjidarraudhah.



BICARA MELALUI ZOOM TENTANG KESUBURAN



Pada hujung minggu hadapan pula, Masjid Ar-Raudhah akan menganjurkan acara bual bicara melalui Zoom tentang kesuburan, "Dr & Ustazah Let's Talk About Fertility.''



Ahli panelnya termasuk Ustazah Syariati Sulaiman dan Dr Roland Chieng Kai Hieng, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan, Obstetrik. Elfaeza Ul Haq, pelakon adalah moderator di acara itu.



Antara yang akan dibincangkan adalah mitos dan fakta tentang kesuburan serta prosedur kesuburan dan penyebab ketidaksuburan.



Acara ini akan diadakan pada minggu depan (Sabtu, 30 Oktober 2021) dari 2 hingga 4 petang. Bayaran penyertaan adalah $25 seorang atau $40 bagi setiap pasangan.



Bagi yang berminat, anda masih boleh mendaftar di bit.lyARRTalk.



Manakala pada hari Ahad ini, 24 Oktober 2021, dari 10 pagi, Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana iaitu kerjasama di antara Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Hussain Sulaiman.



Antara kegiatan yang bakal diadakan adalah bacaan Al-Quran berkumpulan, zikir dan selawat serta tazkirah bersama Ustaz Hanan.



Kegiatan ini diadakan secara Zoom. Pendaftaran boleh dilakukan di bit.ly/KhatamARRxMHS.




“Menghirup air menenangkan sistem pencernaan kita. Minum sedikit dan perlahan dapat membantu dalam menguatkan sistem pencernaan kita dan meningkatkan metabolisme kita. Pegang bekas minuman di tangan kanan, duduk dan katakan Bismillah. Cara minum adalah untuk mengambil tiap hirupan yang kecil, tetapi menghirup air tanpa melakukan sebarang bunyi, dan menjauhkan bekas itu dari mulut setiap kali dan puji Allah dengan berkata Alhamdulillah.’’
– Ustaz Hanan Farihin Jasmani, Penolong Ketua, Penglibatan Masyarakat & Pembangunan Dakwah serta Imam Eksekutif Masjid Ar-Raudhah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >