Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kehalusan tema cinta dikupas dalam buku dwibahasa

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



TULISAN beliau sering menyentuh tentang kisah pengembaraan di serata dunia.



Tetapi, dengan sekatan perjalanan ekoran pandemik Covid-19, tulisannya kini membuat pembaca kembara menerokai isi hatinya.



Bagi penulis dan penggiat seni visual Noor Iskandar, buku kedua beliau bertajuk I Love Too Quietly menyentuh tentang kisah-kisah cinta serta perasaan nyata yang beliau ingin luahkan semasa menjelajah dunia dahulu.



Berbanding dengan tulisannya yang pernah diterbitkan sebelum ini, buku terbarunya itu menggunakan elemen dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.



Bahasa Melayu yang kaya dengan kosa kaya lebih mudah digunakan untuk meluahkan isi hatinya.



Diterbit pada hujung bulan lalu, bukunya kini boleh didapati di Bilal Books, Books Actually, Darul Arqam, Kinokuniya, Wardah Books dan Swing Store di Singapura.



Ia juga dijual di tiga kedai buku di Malaysia.



Merumuskan tentang tulisannya itu, Noor Iskandar berkata:



"Sesuatu yang boleh pembaca jangkakan adalah tema yang menjurus ke arah keintiman rasa cinta.



"Terdapat juga bait-bait kata yang meluahkan rasa duka, patah hati dan kehilangan yang terpendam."



Berbanding dengan buku pertamanya bertajuk, For(god), tulisannya dalam buku terbaru ini lebih menjurus kepada soal identiti serta kerohanian.



Namun dalam I Love Too Quietly pula, Noor Iskandar berkata terdapat elemen di mana beliau memaparkan sedikit ketegangan dalam jiwa terhadap isu kerohanian.



Sebelum buku berkenaan diterbitkan, tulisan Noor Iskandar sering diterbit hanya dalam bahasa Inggeris.



Namun kini ia mencampurkan sedikit bahasa Melayu pada kata-kata yang menurut beliau hanya boleh difahami maksud yang tersirat menerusi bahasa ibunda.



Menyusuli itu, Noor Iskandar berkata: "Tulisan saya bukan sahaja dibaca penduduk di sini, malah di serata dunia. Saya ingin menunjukkan dalam ketegangan yang saya atau mungkin kita semua hadapi, kita seolah-olah tidak boleh sembunyi daripada naluri dan asal usul kita."



Ketika ditemui, Noor Iskandar berkongsi, mungkin pembaca boleh lihat ini seperti satu cara si penulis sendiri ingin membebaskan diri - dalam perjalanan beliau meneroka isi hati sendiri, beliau mula kembali kepada bahasa serta jati diri asalnya sebagai pengguna Bahasa Melayu.



"Mungkin inilah keindahan dalam kemelut ini di mana proses penulisan lebih mendalam," katanya.



"Normal baru telah sedikit sebanyak melentur proses sang pemuisi yang kini betemankan sempadan dan had batasan.



"Tulisan saya kini lebih kepada tema alam dan kembara dalaman kerana setahun yang lalu saya lebih terdedah kepada elemen alam seperti laut, lautan, bayu dan malam.



"Lebih kenusantaraan, walhal dalam buku ini ia juga mengandungi beberapa puisi dwibahasa," ujar Noor Iskandar lagi.




"Tulisan saya bukan sahaja dibaca penduduk di sini, malah di serata dunia. Saya ingin menunjukkan dalam ketegangan yang saya atau mungkin kita semua hadapi, kita seolah-olah tidak boleh sembunyi daripada naluri dan asal usul kita."
- Noor Iskandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >