Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ARTIKEL KHAS PENDIDIKAN

Kehidupan pancaroba di era VUCA

Pengajian Islam Andalus, Cordova beri ketenangan dan keyakinan
Dec 11, 2021 | 05:30 AM



KEADAAN yang tidak menentu, tidak pasti, kompleks dan samar-samar atau istilah akronim dalam bahasa Inggeris - volatile, uncertain, complex, ambiguous (VUCA) - ialah kata kunci yang digembar-gemburkan tatkala terjadinya pandemik Covid-19 sejak awal tahun 2020.



Dalam dunia VUCA, keadaan sesuatu perkara tidak menentu, jelas Pengarah Eksekutif (Pendidikan) Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed.



Ada yang dibuang kerja, ada yang kehilangan keluarga tercinta akibat Covid-19, manakala ramai juga terpaksa merubah cara kerja dan kehidupan untuk sesuaikan kepada norma baru.



Ini semua sudah tentu menjejas seseorang dari sudut mental dan emosi, kata Ustaz Fathurrahman.



Malah, keadaan perkara tidak menentu yang menduga dan mencabar ini boleh mengakibatkan tekanan, genjotan psikologi, gangguan emosi atau sakit mental pada individu.



Sebagai contoh, pelajar Encik Naufal Aiman Jasni, 17 tahun, perlu menyesuaikan diri pada pembelajaran di dalam talian dari rumah - suatu norma baru - baik untuk pendidikan sekular mahupun pendidikan Islam, ketika keadaan pandemik ini.



Beliau, bagaimanapun, mendapati pembelajaran di dalam talian dari rumah mencabar kerana beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai gangguan seperti keriuhan jalan raya di luar rumah atau kejadian di dalam rumah.



Interaksi yang berkurangan bersama guru dan masalah sambungan Internet di rumah yang kadang-kala terganggu juga menjejas fokus dan memberi tekanan pada Encik Naufal Aiman semasa beliau belajar di dalam talian.



Namun, beliau bersyukur bahawa peluang menimba ilmu dalam pendidikan Islam telah membantu meningkatkan keimanannya.



"Melalui pembelajaran Islam, ia memberi saya arah tuju yang seimbang dalam hidup supaya saya tidak terlalu fokus terhadap duniawi.



"Dengan pengetahuan agama juga, ia telah membantu saya tatkala saya sedih atau berasa tertekan, di mana, kita diingatkan supaya banyak bersabar dan berzikir untuk meningkatkan keimanan kita," kata Encik Naufal Aiman, seorang anak tunggal.



Encik Naufal merupakan pelajar Maktab Rendah Raffles Institution, yang telah membuat keputusan sendiri untuk melanjutkan pengajian pendidikan Islam di Andalus pada tahun lalu.



Beliau telah menyertai program Kelas Bimbingan Menengah 4 (KBM 4) di Andalus pada tahun lalu dan disusuli dengan program Diploma Pengajian Islam (DPI) pada tahun ini.



Sejak kecil lagi, Encik Naufal Aiman sudah didedahkan pada pendidikan Islam melalui pengajian tadika dan kelas madrasah.



Lantaran itu, beliau berazam mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi dengan mendapatkan ijazah bagi kededua pendidikan sekular dan agama.



Seperti Encik Naufal Aiman, keluarga Encik Noh Salleh juga menghadapi cabaran menyesuaikan diri pada norma baru tatkala beliau dan isterinya perlu bekerja dari rumah dan secara serentak, ketiga-tiga anak mereka menjalani pembelajaran dalam talian dari rumah bagi pendidikan sekular dan pendidikan Islam.



Kata Encik Noh:



"Kami perlu mencari alat komputer atau 'laptop' untuk lima orang. Maka, kami cari semula 'laptop' lama kami yang kami tidak gunakan lagi untuk anak bongsu kami, Haris.



"Saya, isteri saya dan anak sulung saya, Yasmin, mempunyai 'laptop' sendiri. Anak kedua kami, Nawrah, pula menggunakan komputer 'desktop' di rumah kami.



"Suasana di rumah pula kadang-kadang riuh dan susah untuk kami memberi perhatian yang penuh terhadap pekerjaan atau pembelajaran."



Encik Noh, 49 tahun, pengurus projek di sebuah syarikat multi nasional, kini merupakan pelajar tahun kedua bagi program Diploma Pendidikan Islam (DPI) setelah menyertai Andalus sejak sekitar empat tahun lalu melalui program Pra Diploma.



Beliau telah menghantar ketiga-tiga anaknya, Yasmin Noh, 15 tahun; Nawrah Noh, 12 tahun; dan Haris Noh, sembilan tahun, mempelajari pendidikan Islam sejak darjah satu.



Justeru, anak-anaknya kini masing-masing berada di program Kelas Bimbingan Kanak-kanak 3 (KBK 3), Kelas Bimbingan Kanak-kanak 6 (KBK 6) dan Kelas Bimbingan Menengah 3 (KBM 3).



Encik Noh, bagaimanapun, percaya dengan pembelajaran agama melalui pengajian mereka di Andalus, mereka berupaya mencari ketenangan pada masa-masa mereka berasa tertekan.



Tertarik dengan program Andalus yang sistematik dan teratur, Encik Noh berkata bahawa beliau memang mengutamakan pembelajaran agama di kalangan anak-anaknya supaya mereka dapat mengejar kejayaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.



"Apa lagi, dengan pelbagai gangguan pada hari ini (dari media sosial dan teknologi), mempunyai asas agama penting supaya anak-anak saya sekurang-kurangnya dapat membezakan antara yang baik dan kurang baik dan mendapat maklumat berkenaan agama daripada sumber bertauliah," kata Encik Noh.



Bagi mengatasi keadaan VUCA yang menduga dan mencabar pelbagai aspek kerohanian, psikologikal, agama, sosial atau pendidikan, pendidikan yang seimbang antara fardu ain (bersandar wahyu) dan fardu kifayah (berdasar pancaindera dan akal) penting bagi seorang Muslim agar dapat faham matlamat dan tujuan kehidupan, menurut Ustaz Fathurrahman.



Ia juga membolehkan kita melalui pelbagai perubahan secara kerohanian, fizikal dan virtual mengikut qadarNya, sama ada kita sedar atau tidak.



"Agama mengajar kita untuk berusaha dan pada sama bertawakal pada Allah yang maha kuasa. Segala sesuatu yang berlaku adalah ketentuan (qada' dan qadar) Allah swt.



Sebagai orang yang beriman kita yakin bahawa ada hikmah di sebalik setiap ujian. Tugas kita adalah untuk berusaha ke arah kebaikan,"



Justeru, pusat pendidikan Islam, Andalus dan Cordova dengan sokongan Darul Andalus menyediakan pengajian Islam secara seimbang dan sepadu sepanjang hayat dari prasekolah sehingga pasca ijazah.



Berbekalkan pengetahuan Islam, kita sebagai umat Islam berupaya mengharungi kehidupan dengan seimbang dan stabil - mewarisi semangat ummatan wasatan - yang membawa maksud umat yang adil dari segi menyahut keperluan dunia dan akhirat.



Pengajian di Andalus dan Cordova mengambil kira pelbagai pendekatan tradisional dan kontemporari serta manfaat teknologi semasa.



Pengajian boleh berlaku secara fizikal atau virtual dan dibimbing oleh asatizah berpengalaman, berkemahiran dan bertauliah.



Kededua pusat pendidikan Islam ini turut mengutamakan hasrat waris dan keperluan pelajar agar bersesuaian dengan umur dan sekitaran.




"Melalui pembelajaran Islam, ia memberi saya arah tuju yang seimbang dalam hidup supaya saya tidak terlalu fokus terhadap duniawi.

Dengan pengetahuan agama juga, ia telah membantu saya tatkala saya sedih atau berasa tertekan, di mana, kita diingatkan supaya banyak bersabar dan berzikir untuk meningkatkan keimanan kita."

​- Encik Naufal Aiman




"Apa lagi, dengan pelbagai gangguan pada hari ini (dari media sosial dan teknologi), mempunyai asas agama penting supaya anak-anak saya sekurang-kurangnya dapat membezakan antara yang baik dan kurang baik dan mendapat maklumat berkenaan agama daripada sumber bertauliah."
- Encik Noh Salleh, bersama isteri dan anak-anak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >