Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kembalikan nostalgia menerusi set 'Keroncong Asmara'

Aug 28, 2020 | 05:30 AM



SEJURUS melangkah ke dalam set konsert digital Keroncong Asmara diCyclo Studio By The Apparatus, terasa seakan-akan dibawa menyusuri jalan kenangan berada di desa permai dengan rumah kampung dan pepohon kelapa melambai-lambai.



Set yang indah dan penuh nostalgia persis tahun 1950-an dan 1960-an dibina oleh pasukan pereka set yang diketuai pereka hias dalaman yang mahir dalam bidang pertukangan, Encik Herdi Sa'adon, 43 tahun.



Pelukis utama set adalah Encik Anwar Rafiee. Seramai sembilan orang mengusahakan set Keroncong Asmara yang disajikan pada 12 September sempena Pesta Silver Arts buat warga emas terbitan Wadah Seni Entertainment.



Pesta tahunan yang menyemarakkan minat terhadap seni dalam kalangan warga senja ini merupakan anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Ikuti wawancara bersama Herdi.



Soalan (S): Apabila diminta bantuan menyiapkan set Keroncong Asmara, apakah perasaan anda?



Herdi (H): Saya sangat terharu kerana diberi peluang membina set yang menampilkan artis legenda dan pemuzik berbakat.



Apatah pula peluang ini diterima dalam kita berjuang menentang wabak Covid-19. Program kesenian begitu sepi sebelum ini.



S: Dari manakah sumber inspirasi anda?



H: Kelab Dondang Sayang, program televisyen tahun 1980-an yang pernah saya tonton dulu.



S: Apakah cabaran yang dihadapi?



H: Saya perlukan ruang yang besar dan kemas bagi membina set. Saya terpaksa membina tembok tinggi untuk membahagikan bengkel pertukangan kepada beberapa bahagian. Ada yang digunakan untuk memotong bahan seperti papan, mengecat dan menghias set.



S: Sebelum ini, acara seni apakah yang pernah anda jayakan sebagai pereka set?



H: Saya terlibat dalam rekaan set Konsert Gala Laga, Konsert Hati Jati dan Chichi Lala anjuran Persatuan Rakyat (PA); Konsert Lefthanded yang menampilkan Datuk Ramli Sarip; pementasan Hawa buat Hatch Theatrics dan klip video Reyza Hamizan dan Bakti Khair.



S: Apakah yang diperlukan dalam setiap rekaan set?



H: Pastikan set anda sejajar dengan keperluan penghibur. Jangan sampai ia mengganggu mereka. Sesebuah set juga harus mewujudkan 'mood' yang positif sepanjang masa. Kadangkala kesederhanaan itu lebih baik. Anda tidak perlu semakkan ruang. Disiplin dari segi prinsip rekaan meliputi pemilihan warna, kontras warna dan isi padunya.



Usah gunakan bahan yang tidak perlu sehingga ia lari daripada tema sebenar acara.



S: Bagaimana anak muda seperti anda mendapatkan kesan nostalgia bagi menghasilkan set daripada zaman sebelum anda lahir?



H: Saya jalankan kajian tentang program Kelab Dondang Sayang, bertemu bekas penerbit televisyen, Encik Mockram Kassim yang mengusahakan rancangan itu serta tinjau perbezaan antara dondang sayang dan keroncong.



Saya juga ketahui lebih banyak lagi tentang Persatuan Peranakan Gunong Sayang (GSA) yang menjayakan konsert digital ini.



Penting bagi saya menghayati 'mood' persembahan keroncong menerusi persembahan yang saya tonton di YouTube.



Sepanjang menghasilkan set bagi acara ini, kami pun mainkan lagu-lagu keroncong yang dapat memberi kami semangat menghasilkan prop dan set yang cantik.



S: Apakah antara kenangan manis menjadi pereka set?



H: Pastinya gurau jenaka dan kata-kata positif yang dikongsi secara santai sesama kami, pereka set dengan penyanyi, pemuzik dan kru teknikal lain. Ia membantu dalam kami bekerjasama.



Tidak mudah berurusan dengan seniman mapan, baik si pelukis atau si seniman arca yang ada nama dan mempunyai cita rasa tersendiri. Perbezaan pendapat harus diketepikan dengan rasa hormat terhadap satu sama lain.



S: Apakah harapan anda kini?



H: Saya berharap acara seni dan hiburan akan kembali rancak seperti sebelum penularan Covid-19. Saya juga berharap stesen televisyen dan syarikat penerbitan akan lebih memperkasa dan mempertingkatkan penggunaan rekaan set yang lebih canggih.



Saya bercita-cita tinggi, suatu hari nanti, dapat menyokong kerja pembinaan set bagi filem Hollywood menerusi penyedia khidmat rekaan seperti pasukan pengarah seni Kieth Neely di Asia. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >