Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kembara menerusi lensa filem Eropah

May 04, 2021 | 05:30 AM



RASA rindu si kaki melancong menjejakkan kaki ke kota Eropah semakin menebal apabila sempadan negara belum dapat dibuka dek gelombang jangkitan Covid-19 yang tidak berkesudahan.



Maka, penawarnya adalah membawa mata anda 'mengembara' ke beberapa negara Eropah bagi menjamah keindahan alam dan isu yang menjadi keprihatinan.



Semua ini mampu dilakukan menerusi Pesta Filem Eropah (EUFF) yang kembali ke Singapura selepas tempoh rehat setahun dek pandemik yang menular.



Festival di pawagam The Projector (Golden Mile Tower) mulai Khamis ini merupakan sajian Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Singapura.



Ini adalah EUFF edisi ke-30 yang meletakkan matlamat membawa filem Eropah kontemporari yang terbaik dekat di hati masyarakat pencinta filem di Singapura.



Sebanyak 23 filem ditayangkan dalam tempoh pesta lebih lama yang mengimbas semula kerencaman perspektif, sejarah, bahasa dan budaya dari merata benua Eropah.



Meskipun setiap filem berasal dari negara berbeza, mereka mewakili warisan budaya Eropah yang menjadi kebiasaan.



Dalam kenyataannya, Duta EU ke Singapura, Cik Barbara Plinkert, berkata:



"EUFF edisi ke-30 yang merupakan satu mercu tanda berlaku pada masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini di mana pandemik Covid-19 berterusan.



"Dalam tempoh yang benar-benar mencabar ini, kebanyakan daripada kita berusaha mendekati kesenian dalam banyak cara, sama ada sastera, muzik atau filem.



"Dalam konteks masa kini, di mana mengembara kekal sebaagai satu cabaran, dunia layar perak menawarkan lensa yang kita perlukan untuk mengalami dan memahami banyak kesulitan dan kebudayaan yang mencorak dan mendefinisikan dunia kita serta menjadikannya seperti ini."



PANGGUNG SANDIWARA PORTUGAL



Portugal adalah negara yang menjadi tumpuan EUFF tahun ini. Maka pesta ini dibuka dengan filem 'Parque Mayer' pada Khamis ini.



Drama komedi yang membawa anda menyusur jalan kenangan 1933 di Lisbon ibarat satu perjalanan roller-coaster emosi yang ada pasang surutnya.



Anda berpeluang meninjau kawasan teater dan hiburan Lisbon yang terkenal, Parque Mayer.



Banyak perkara berlaku sewaktu barisan penggiat seninya menjalani latihan untuk rancangan anekaragam mereka.



Baik kisah cinta tak dibalas, drama peribadi sang pelakon, perjuangan menentang penapisan dan beberapa usaha tangkas memintasnya.



Sebagai meraikan ulang tahun ke-30 EUFF, satu tayangan percuma Parque Mayer juga akan diadakan di The Projector pada 8 malam, 12 Mei ini.



Orang ramai boleh mendapatkan tiket percuma mereka, siapa dahulu didahulukan dalam talian https://euff.com.sg/tickets.



KEMBARA RASA CEF CHINA KE FINLAND



Untuk kali pertama, EUFF juga menampilkan filem penutup tirai pesta filem ini pada 23 Mei.



'Master Cheng' arahan Mika Kaurismäki adalah filem dari Finland yang mengisahkan tentang cef profesional bernama Cheng yang mengembara bersama anak lelakinya ke sebuah desa terpencil di Finland selepas kematian isterinya.



Di sana, dia bertemu dengan teman lamanya yang pernah dikenali di Shanghai.



Dia kemudian menumpang di rumah pemilik kafe Sirkka yang baik hati.



Untuk membalas jasanya, Cheng menyiapkan banyak hidangan Cina lazat buat tuan rumahnya itu.



Masakannya itu menjadikan pelbagai budaya di Finland bersatu hati.



Pada kala visa lawatan Cheng hampir tamat, penduduk desa inilah yang membantu agar dia tidak tinggalkan kampung mereka dengan satu rancangan rahsia.



Orang ramai juga boleh menyaksikan filem lain dari Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Ireland, Italy, Luxembourg, Norway, Belanda, Poland, Romania, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turkey dan Ukraine.



Semua filem ini baru beberapa tahun dihasilkan dan mendapat sambutan di negara masing-masing.



ANIMASI TENTANG SERIGALA JADI-JADIAN



'Wolfwalkers' yang baru-baru ini dicalonkan untuk menerima Anugerah Ceritera Animasi Terbaik dalam acara Anugerah Academy merupakan idea kreatif dari Ireland.



Cerita ini mengisahkan tentang pemburu perantis, Robyn Goodfellowe, yang berkunjung ke Ireland dengan ayahnya untuk melenyapkan sekawan serigala yang dipercayai spesies terakhir di situ.



Robyn kemudian bertemu dengan gadis orang asli penuh misteri, Mebh yang dipercayai boleh bertukar menjadi serigala pada waktu malam.



Dalam Robyn mengikuti Mebh dalam misinya mencari ibunya yang hilang, Robyn menemui dunia 'Wolfwalkers' dan berdepan dengan risiko bertukar menjadi serigala juga, sesuatu yang ditakuti ayahnya.



MISI TERGEMPAR RATU ROMANIA



Kisah bersejarah Ratu Romania, Marie yang berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi usaha mencapai damai pada 1919 menyusuli Perang Dunia Pertama disingkap dalam filem Queen Marie of Romania.



Romania teruk terjejas oleh perang tersebut malah diulit kontroversi politik.



SAHABAT TERPISAH DEK BEREBUT CINTA WANITA



Filem Turki, 'The Butterfly's Dream', arahan pelakon, pengarah dan penyajak Yilmaz Erdogan, mengembara masa ke awal tahun 1940.



Dua sahabat yang sama-sama mencintai puisi, Rüştü Onur dan Muzaffer Tayyip Uslu, tidak dapat membayangkan detik mereka menjadi musuh hanya kerana sama-sama jatuh cinta pada jelitawan bernama Suzan, anak usahawan terbilang.



Mereka sanggup berdepan dengan risiko kehilangan persahabatan yang mereka bina sekian lama hanya kerana ingin menangi cinta Suzan.



Lungsuri laman https://euff.com.sg/tickets bagi jadual tayangan dan tempahan tiket berharga $13.50 (Isnin hingga Khamis) atau $15 (Jumaat hingga Ahad, petang cuti umum dan cuti umum).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >