MASALAH kemiskinan di Italy mencapai tahap tertinggi dalam 16 tahun sedang krisis ekonomi terus menggigit, mengakibatkan pengangguran dan pemotongan gaji, menurut laporan mengenai perpaduan sosial yang dikeluarkan awal minggu ini.
Kemiskinan relatif, ditakrifkan sebagai keluarga dua anggota yang hidup atas pendapatan bulanan sebanyak 991 euro ($1,770) atau kurang, menjejas 12.7 peratus keluarga - tahap tertinggi sejak siri data semasa mula dibuat pada 1997. Laporan itu disiapkan agensi statistik nasional Italy, Istat.