Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERDAUS

Kempen kumpul dana akhir tahun bagi bantu kos operasi

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



PERDAUS bakal mengadakan kempen mengumpul dana akhir tahun dengan harapan ia dapat membantu kos operasi badan tersebut.



Perdaus giat menjalankan kelas pendidikan Islam separuh masa untuk kanak-kanak, belia dan dewasa, dan teguh mendekati orang ramai dalam usaha dakwah mereka melalui pelbagai program yang dijalankan.



PROJEK 'PERDAUS BAKE SALE'



Memberitahu Berita Harian (BH), Eksekutif Kanan Perkhidmatan Korporat Perdaus, Cik Khatim Hamidon, berkata menjelang akhir tahun ini, antara projek utama Perdaus adalah mengadakan jualan makanan atau 'Perdaus Bake Sale' pada harga $50, dan pek berisi cenderahati pada harga $100.



Perdaus juga bekerjasama dengan Dompet Al-Quran (DQ), sebuah pertubuhan kemanusiaan yang membantu masyarakat Islam yang memerlukan, terutama di Jawa Timur, Indonesia.



Antara misi projek DQ ini adalah untuk pelancaran Waqaf Mushaf Quran, bagi memberi peluang kepada orang ramai membantu meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat yang memerlukan.



"Jualan 'Perdaus Bake Sale' ini dianjurkan oleh pelajar lepasan menengah Perdaus yang kini mengambil Sijil Lanjutan Pengajian Islam untuk Belia (ACIS).



"Para pelajar ini sedang mengumpul dana untuk lawatan tahunan mereka ke negara jiran untuk ekspedisi kemanusiaan,'' kata Cik Khatim.



Seluruh proses mengumpul dana, menganjurkan perjalanan dan melakukan kerja-kerja kemanusiaan adalah sebahagian daripada kurikulum program.



Objektifnya adalah untuk memperkasakan belia.



Ia juga bertujuan memupuk mereka menjadi anggota masyarakat yang menyumbang dan pemimpin masa depan kita.



"Projek ini berharga $50 bagi setiap pesanan dan pembeli dapat merasakan dari tujuh vendor dan peniaga makanan dari rumah (HBB) yang berbeza," jelas Cik Khatim.



Pesanan bagi 'Perdaus Bake Sale' ditutup pada 4 Disember dan pengambilan di Imad Perdaus Bedok disediakan.



Penghantaran ke rumah dengan bayaran $10 turut disediakan.



'PEK SAMPAIKAN DARIPADAKU'



'Pek Sampaikan Daripadaku' merupakan sebahagian daripada usaha pungutan dana akhir tahun Perdaus, dan berharga $100 tiap satu.



Pek ini mengandungi barangan termasuk beg tote, kurma ajwa, buku nota korporat, kalendar desktop kecil 2023 Perdaus, dan buku dakwah oleh Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan.



'Pek Sampaikan Daripadaku' ini adalah terhad.



Prapesanan bermula sekarang dan pek akan dihantar pada akhir Disember nanti.



PEDULI BERSAMA DQ



Sejak dua tahun lalu, Perdaus telah bekerjasama dengan DQ.



DQ merupakan pertubuhan kemanusiaan bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan.



Projek DQ adalah untuk dana Waqaf Mushaf Quran dan berharga $18 setiap satu atau $45 untuk tiga mushaf. Penderma boleh meletakkan nama orang yang anda sayangi untuk mushaf waqaf tersebut.



"Mushaf yang diedarkan ini berbentuk Bukhara yang dilengkapi dengan terjemahan dan panduan bacaan, dan boleh digunakan oleh pembaca di peringkat asas juga.



Mushaf Quran ini telah diedarkan di pelbagai lokasi di kalangan pelajar di pesantren, komuniti mualaf, dan sukarelawan DQ. Ini juga telah dikongsikan di media sosial.



Beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan dan sambutan terhadap Waqaf Quran ini amat memberangsangkan.



"Kami berterima kasih atas minat masyarakat dalam memastikan saudara-saudara seislam kita yang memerlukan, mendapat akses kepada mushaf Quran ini," kata Cik Khatim.



Selain itu, Perdaus juga menawarkan program baru infak bersama DQ.



Anda boleh berinfak dengan jumlah $35 memberi makan kepada satu keluarga dengan menyediakan keperluan asas dan barangan dapur mereka. Pakej ini termasuk beras, minyak masak, gula, sardin tin, kopi, teh, kicap dan mi.



Infak untuk kelengkapan solat turut disediakan.



Dengan $50, anda boleh berinfak barangan serta keperluan solat untuk golongan yang memerlukan di Indonesia. Satu set terdiri daripada sejadah, songkok, kain sarung dan telekung.



Menurut Cik Khatim lagi, tinjauan mereka pada September lalu yang telah dikendalikan oleh DQ di kawasan berhampiran Semeru, tempat gunung berapi meletus pada Disember 2021, menunjukkan bahawa beberapa kampung di sekitar kawasan tersebut masih memerlukan bantuan asas. Ini walaupun bencana alam telah berlaku hampir setahun lalu.



"Kami ingin memberi peluang masyarakat kita cara menyumbang kepada masyarakat Islam lain yang memerlukan dan dalam menyempurnakan agama mereka, dan memperkasakan penerima untuk terus maju dalam kehidupan," tambahnya.




BANTU PERDAUS KUMPUL DANA



- Untuk menyokong Perdaus bagi pengumpulan dana akhir tahunnya, sila ke: https://swiy.co/frpds



Perdaus menjemput orang ramai merancakkan program akhir tahun mereka, antaranya:



- Percuma: Islamic Art: A Tool for Community Outreach. Sesi dalam talian bersama ahli kaligrafi terkemuka Singapura Ustazah Nur Fathiah A'bdussamad. Berlangsung pada 26 November di Zoom.



- Amazing Iqra': Belajar mengaji dalam dua hari. Anda boleh membaca dengan lebih baik, dengan cara belajar fonetik Arab secara berirama dan interaktif! 10 dan 11 Disember di Imad Perdaus Bedok.



- Persiapan Bakal Jenazah: Bengkel ekspres dua hari pengurusan jenazah, termasuk ziarah pusara. 10 dan 11 Disember di Imad Perdaus Bukit Batok.



- Program Pengambilan 2023 bagi Madrasah Perdaus dan Program Pos-Menengah juga sudah dibuka. Untuk mendaftar, sila ke http://perdaus.org.sg




CARA MENYUMBANG



Anda boleh menyokong Perdaus melalui derma atau zakat. Perdaus juga menganjurkan pelbagai aktiviti di samping menyebarkan dakwah Islam setempat.



Lungsuri laman Perdaus di perdaus.org.sg untuk program terkini.



Orang ramai juga boleh menderma kepada Perdaus melalui:



- DBS Akaun Semasa 017-014371-9



- PayNow S64SS0031JQRB atau,



- www.bit.ly/onlinezakatpds



- Penderma boleh mengirim mesej WhatsApp ke 8127-3729 dengan butiran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >