Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemungkinan Mukhriz disingkir kian kuat lepas Najib temui Agong

Jan 28, 2016 | 09:50 AM



KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai perubahan politik di Kedah dipergiatkan pada Rabu (27 Jan) selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah, memperkenan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pagi.


Menurut sumber-sumber Putrajaya, pertemuan itu bukan bagi tujuan memberi taklimat prakabinet yang biasa diberi Datuk Seri Najib kepada Agong, kerana tidak ada mesyuarat kabinet semalam.


Ia satu perkara pasti bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dikeluarkan sebagai Menteri Besar (MB) Kedah, dan penggantinya mungkin Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga timbalan ketua Umno Kedah, lapor akhbar The Star.


Laman web berita The Malaysian Insider, yang memetik sumber-sumber, berkata latihan bagi majlis angkat sumpah MB baru bermula pada Selasa, dan acara rasmi akan diadakan pada Khamis atau esok selewat-lewatnya.


Hasil pertemuan Datuk Seri Najib dengan Agong akan diumum kemudian, memandang persetujuan diraja bagi perubahan MB, jika ada, akan disahkan oleh pemberitahuan rasmi yang akan disampaikan kepada Majlis Pemangku Raja di Alor Star.


Dalam erti kata lain, lampu hijau untuk pelantikan MB baru akan datang daripada Agong, dan bukan Majlis Pemangku Raja.


Majlis itu, dalam satu langkah yang amat jarang berlaku, mengeluarkan kenyataan akhbar pada Selasa menafikan sembarang peranan dalam krisis politik yang sedang berlaku.


Dalam kenyataan itu, majlis itu menegaskan ia tidak berpihak dan ahlinya berkecuali dan tidak menunjukkan sembarang berat sebelah, menurut The Star.


Datuk Seri Mukhriz mengadakan mesyuarat biasa beliau dengan majlis itu pada Rabu, sebelum kembali ke Wisma Darul Aman sejurus sebelum tengah hari untuk mesyuarat mingguan exco negeri (exco).


Hanya tiga orang anggota exco kerajaan negeri hadir - Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datin Nor Sabrina Mohd Noor.


Krisis politik di negeri itu tercetus minggu lalu selepas 14 ketua bahagian Umno Kedah menggesa agar Datuk Seri Mukhriz disingkir sebagai MB, langkah yang ramai orang anggap dirancang oleh sekutu Datuk Seri Najib.


Datuk Seri Mukhriz, anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menyertai bapanya dalam mengkritik kuat kepimpinan Datuk Seri Najib.


"Ini politik Datuk Seri Najib. Sesiapa yang mengkritik dia akan disingkirkan, malah dipecat daripada Umno," Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >