Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Kenangan (1)

Feb 24, 2014 | 11:59 AM

Akukah bagai ternampak kau bertukar bas

dari Katong menuju Changi Road

ketika jalan itu belum sehala

menaiki bas yang membawa kau ke Jalan Eunos

menyaksikan deretan rumah

& perkampungan Melayu melintasi Central,

berhenti berdekatan kedai membuat roti

menuruni Jalan Ladang yang sedikit curam

pokok-pokok kabung yang jarang & tinggi tersergam

melepasi Jalan Hassan, Jalan Petai, Jalan Silat Gayong

kemudian sampai ke Jalan Kobis

kedai kaka, rumah-rumah kampung, panggung, berek

& aku serta sepupu-sepupuku menantimu di ambin.

Akukah yang sering terkenang

masa-masa itu yang berulang tayang

pengorbananmu yang tidak berkesudahan

dengan masa, kasih sayang, keringat,

kau sanggup bersama sekali seminggu

demi masa depan anak cucumu

& betapa kasih itu merimbun

selamanya kelak bertaut

kerana ikhlasnya tanggungjawab yang kaupikul.

Berada di persimpangan Changi Rd, Still Rd

& Jalan Eunos

kolam kenanganku sering terkocak

mengenang & merinduimu

zaman-zaman silam semasa di Jalan Kobis

& kami ceria menantimu di ambin.

RASIAH HALIL

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >