Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID BENCOOLEN

Kerja peningkatan makin rancak, dana juga masih diperlukan

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



MASJID Bencoolen tetap menjalankan kerja-kerja peningkatan dengan lancar walaupun masjid ini masih lagi kekurangan dana yang diperlukan.



Merupakan masjid yang bersejarah dan telah menabur bakti kepada masyarakat Islam setempat, Masjid Bencoolen telah dibina sejak 1845 dan perlu melakukan pengubahsuaian demi memenuhi keperluan masyarakat Islam di sini.



Ia masih lagi memerlukan dana sebanyak $300,000 bagi projek peningakatan ini, dan dijangka siap pada suku kedua tahun ini.



Masjid yang berusia 196 tahun dan terletak di 51 Bencoolen Street ini, masih dalam proses diubahsuai dan perlu membangunkan kemudahan lain seperti bilik darjah, lif dan sebagainya.



Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga senja untuk menggunakan kemudahan di masjid yang terletak di kawasan berdekatan bandar ini.



Biarpun sibuk dengan kerja-kerja peningkatan di waktu ini, pembelajaran agama dan dakwah tetap diteruskan melalui wadah dalam talian.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, 56 tahun, berkata pada tahun 2001, kawasan masjid telah dibangunkan semula sebagai bangunan campuran blok komersial dan kompleks setinggi 12 tingkat.



Pembangunan semula masjid ini telah dibuka kepada umum pada Mei 2004, dan mampu memuatkan sehingga 1,100 jemaah untuk bersolat dalam masjid ini, sebelum pandemik melanda.



"Masjid Bencoolen kini masih lagi dalam proses diubahsuai, selari dengan keperluan dan tuntutan masyarakat Islam setempat. Dari pihak masjid, kami memerlukan kemudahan lain seperti bilik darjah yang lebih besar yang kondusif, lif dan kemudahan yang lain setara dengan pemodenan di waktu ini.



"Ini bertujuan memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga emas kita untuk menggunakan kemudahan masjid ini dengan lebih berkesan lagi.



"Masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah kini ia memainkan peranan penting dalam mendekati masyarakat Islam setempat," jelas Encik Mohamed Rafeeq.



Beliau menjelaskan, banyak aktiviti yang dijalankan dan semua dilakukan secara dalam maya, dan tetap mendapat sambutan menggalakkan dari jemaah setempat.



"Demi menjaga keselamatan jemaah daripada dijangkiti Covid-19 yang sedang menular sekarang, kami mengadakan kelas pengajian Al-Quran, ceramah agama, kelas Madrasah menggunakan platform media sosial.



"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan kerana masyarakat memahami keadaan pandemik sekarang. Pihak kami juga amat mengharap sumbangan dan sokongan ramai untuk kerja-kerja peningkatan bagi masjid ini," tambahnya lagi.



Sehubungan dengan itu, masjid juga menjual kupon martabak amal berharga $10 setiap satu. Kupon ini boleh dibeli terus di pejabat Masjid Bencoolen.



Pihak masjid juga turut menyediakan pelbagai produk lain yang menarik untuk membantu pembangunan masjid. Di antaranya adalah set buku '25 Rasul (dwibahasa) beserta sejadah berhanga hanya $59. Anda juga boleh menda-patkan Kitab Kumpulan Hadith berharga di antara $75 dengan $95, setiap satu.



Masjid Bencoolen amat mengharapkan bantuan dari masyarakat Islam setempat dalam usaha mengumpul dana yang masih lagi berkurangan ini.



CARA MENYUMBANG



– Melalui pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001 atau lawati  https://masjidbencoolen.org/donate.



– Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran  cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama  ‘Masjid Bencoolen’ dan hantar kepada alamat berikut  iaitu 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapura  189630.



– Hubungi talian 6333-3016 untuk sebarang  maklumat lanjut dan layari  Facebook@Masjidbencoolen atau  Youtube@masjidbencoolenTV. – Layari https://masjidbencoolen.org/eshop/ untuk  mendapatkan pelbagai produk jualan dari Masjid  Bencoolen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >