Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kerja siang malam tambah CPF beli flat

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



EKORAN simpanan dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang tidak mencukupi, hasrat Encik Nasrullah Mohamed Yusof dan isterinya, Cik Marzaliza Mohd Ali ,membeli rumah semasa mendirikan rumah tangga terpaksa dibatalkan.



Oleh itu pasangan itu terpaksa melayari kehidupan sebagai suami isteri di flat sewa.



Selama lebih lima tahun menetap di flat sewa mereka di Hougang, Encik Nasrullah, 32 tahun, mengimpikan rumahnya sendiri, apatah lagi selepas menyambut kelahiran anak pertama mereka.



Demi merealisasikan impiannya itu, beliau mengorbankan masa hujung minggu untuk bekerja sambilan agar dapat mengumpul wang dan meningkatkan simpanan dalam CPF.



Kini, Encik Nasrullah dan keluarganya dapat hidup selesa di flat tiga bilik mereka di Sengkang, yang dibeli di bawah Penjualan Flat Baki (SBF) pada awal 2019.



Mengimbas kembali, bapa lima anak itu menyifatkan memiliki rumah sebagai sesuatu yang amat bermakna untuknya.



"Memang rasa begitu gembira dan ghairah sekali apabila akhirnya dapat rumah sendiri.



"Selepas pahit manis kehidupan yang kami lalui, akhirnya saya berjaya memiliki tempat tinggal untuk keluarga saya," luah Encik Nasrullah, yang merupakan pencari nafkah tunggal dalam keluarganya.



Menurut beliau, perancangan rapi telah dilakukan sejurus selepas mereka suami isteri berniat untuk membeli rumah.



"Paling utama, kami mula menyimpan wang. Sebagai pasangan, kami harus memutuskan kemampuan kami dan ikut belanjawan ditetapkan," ujarnya kepada Berita Harian.



Hasrat yang murni itu turut memerlukan pengorbanan besar bagi Encik Nasrullah, yang bekerja sebagai pekerja penghantaran.



"Saya juga memutuskan untuk bekerja pada hujung minggu agar dapat meraih pendapatan tambahan.



"Pada masa itu, saya bekerja sebagai pekerja pemindahan pada hujung minggu.



"Ini juga bermakna saya mempunyai masa yang amat kurang dengan keluarga. Malah, saya tidak dapat melihat anak-anak saya membesar, kerana saya tidak mempunyai masa untuk menjaga mereka," jelas Encik Nasrullah.



Namun beliau berharap pengorbanan itu akan difahami dan dihargai anak-anaknya pada satu hari nanti, dalam usahanya memastikan kehidupan keluarga yang sempurna.



Encik Nasrullah akur banyak kelebihan tinggal di flat sendiri daripada flat sewa.



"Misalnya, kami tidak ada privasi dan tiada kebebasan untuk mengubah rumah itu.



"Kami juga tidak ada apa-apa hak atau kuasa atas flat sewa dan terma penginapan mahupun sewa boleh berubah," terang beliau.



Sungguhpun selesa dan bahagia di rumah sekarang, Encik Nasrullah tidak mahu terlalu berpuas hati dan sudah merancang memiliki rumah lebih besar.



Tetapi beliau tidak terburu-buru untuk mencari kediaman baru kerana belum berkemampuan sepenuhnya memandangkan hanya beliau seorang sahaja yang menyara keluarga.



Apabila diminta nasihatnya kepada mereka yang masih belum memiliki flat sendiri, Encik Nasrullah menggesa mereka supaya jangan berputus asa dan tanamkan keyakinan dalam diri.



"Buat senarai impian anda dan tetapkan bajet. Fikir tentang masa depan anda.



"Walau perlahan pun anda melangkah, pastinya anda akan mencari jalan untuk memastikan ia direalisasikan," seru beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >