Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KESAN PADA KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH

Sekarang belanja di pasar raya tawar harga murah, jimat elektrik, tukar jenama barangan

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



APABILA berbelanja barang dapur, Cik Nurbee Selamat akan pastikan dia membuat perbandingan harga dan membeli produk yang ditawarkan pada kos lebih rendah.



Beliau berbelanja di pasar raya yang menawarkan barangan pada harga lebih berpatutan dan akan memilih produk jenama pasar raya kerana barangan berjenama sedemikian rata-rata lebih murah harganya.



Itulah antara cara suri rumah tersebut mengurangkan perbelanjaan keluarga, sedang kos makanan, tenaga dan pengangkutan di Singapura terus meningkat.



Dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Cik Nurbee, 38 tahun, berkata dia mendapati harga barangan dapur telah naik sedikit demi sedikit dalam beberapa tahun kebelakangan.



"Kalau dulu dengan $50 saya boleh beli macam-macam barang di pasar raya. Tapi sekarang tak banyak barang yang boleh dibeli dengan jumlah wang itu," kata ibu tiga anak berusia 16 tahun, lapan dan empat tahun itu.



Cik Nurbee menetap di flat empat bilik di Woodlands bersama suami dan anak-anaknya.



Suaminya, Encik Abdul Rahman Bin Hassan, yang baru dikahwini Ogos lalu, bekerja sebagai penolong penghantaran, dan membawa pulang gaji sekitar $1,500 sebulan.



Cik Nurbee berusaha menyokong pendapatan suaminya dengan melakukan perniagaan dari rumah, menjual makanan beku seperti epok-epok dan roti boyan.



Perniagaan itu, yang dimulakan pada 2019 setelah suaminya pada waktu itu meninggal dunia, menghasilkan pendapatan tidak tetap, antara $100 dengan $500 sebulan.



Bagi menjimatkan perbelanjaan keluarga, Cik Nurbee memilih berbelanja di pasar raya seperti Giant dan Sheng Shiong yang menurutnya menawarkan barangan dapur pada harga lebih berpatutan.



Dia juga telah menukar barangan dalam jenama tertentu yang telah naik harganya ke jenama yang lebih murah.



Sebagai contoh, dia dulu biasa membeli sardin dalam tin berjenama Ayam Brand, tetapi sejak beberapa tahun lalu tukar ke jenama lain yang lebih murah.



"Beza harganya lebih $1. Saya pilih yang lebih murah kerana ini bermakna saya dapat membeli lebih banyak," kata Cik Nurbee, yang keluarganya berada di bawah Skim Keluarga Angkat & Belia AMP.



Ditanya apakah terdapat perbezaan dalam rasanya, dia berkata: "Rasanya boleh tahan juga. Kami sekeluarga cuba biasakan diri. Lagipun kita yang memasaknya dan membuatnya sedap atau tidak."



Bagi barangan dapur asas seperti beras dan sabun, Cik Nurbee memilih jenama pasar raya yang rata-rata lebih murah.



Sebagai contoh, di Giant, sekampit beras jenama pasar raya seberat lima kilogram dijual pada harga $5.90 dan adalah yang paling murah yang ditawarkan.



Untuk menjimatkan elektrik, Cik Nurbee memastikan keluarganya cuma menghidupkan alat penghawa dingin untuk menyejukkan bilik sebelum mematikannya dan hanya menggunakan kipas sepanjang malam.



DIa juga memilih peruncit elektrik yang menawarkan bil elektrik yang lebih rendah supaya dapat lakukan lebih banyak penjimatan kos.



DIa turut menerima Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) - Rebat U-Save untuk membantu dengan perbelanjaan bil api air.



Untuk tambang pengangkutan awam yang akan naik mulai hujung bulan depan, Cik Nurbee berkata mujur anak pertama dan keduanya di bawah Skim Bantuan Kewangan (FAS) Kementerian Pendidikan (MOE) dan menerima subsidi pengangkutan.




"Kalau dulu dengan $50 saya boleh beli macam-macam barang di pasar raya. Tapi sekarang tak banyak barang yang boleh dibeli dengan jumlah wang itu.''
- Cik Nurbee Selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >