Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ketua IMF: Pemimpin perlu bersatu baiki sistem dagangan

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



BALI, INDONESIA: PEMIMPIN dunia perlu menangani sistem perdagangan global dan bukannya cuba meruntuhkannya, kata ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Cik Christine Lagarde semalam sambil menolak usulan ahli politik nasionalis yang mahu menaikkan tarif dan bersikap terlalu melindungi.



Beliau membuat komen itu sedang perang perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat mengancam pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia, dengan pakar IMF memberi amaran tentang "pendedahan bahaya baru" dalam sistem global.



"Kita perlu bekerjasama untuk menghindari dan menyelesaikan pertikaian perdagangan semasa," kata Cik Lagarde di perhimpunan IMF dan Bank Dunia di Bali.



"Kita perlu bersatu untuk memperbaiki sistem perdagangan semasa, tidak memusnahkannya," kata beliau.



Sekitar 32,000 ahli elit kewangan global berada di pulau percutian Indonesia itu selama seminggu bagi perbincangan yang banyak dibayangi dasar perdagangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor akhbar The Straits Times.



Trump telah melaburkan atau mengancam tarif barangan terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutamanya China, bahkan terhadap sekutu tradisional seperti Kesatuan Eropah.



Peningkatan kadar faedah AS juga telah menyebabkan mata wang pasaran membangun merosot kerana negara-negara yang banyak meminjam dalam mata wang dolar berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk membayar hutang mereka.



Menurut laporan terbaru IMF mengenai kestabilan kewangan dunia yang dikeluarkan semalam, pertumbuhan global mungkin berisiko jika pasaran membangun akan bertambah merosot atau ketegangan perdagangan meningkat.



"Kerentanan (vulnerabilities) baru muncul sedang daya tahan sistem kewangan global masih belum diuji," menurut Laporan Kestabilan Kewangan Global yang dikeluarkan dua kali setahun itu.



Pemain pasaran "kelihatan leka" terhadap kemungkinan risiko daripada "keadaan pengetatan mendadak dan meruncing" - seperti kenaikan kadar faedah atau penurunan akses pada modal.



Lebih banyak tarif dan tindak balas mereka "boleh membawa kepada pengetatan keadaan kewangan yang lebih luas, dengan implikasi negatif terhadap ekonomi global dan kestabilan kewangan," IMF memberi amaran.



Cik Lagarde memberitahu hadirin di perhimpunan itu semalam bahawa beliau tidak berasa keadaan ekonomi dunia terlalu suram.



"Memang boleh untuk menjadi sedikit tertekan jika dilihat perspektif ini tetapi saya masih menaruh harapan kerana terdapat keinginan yang jelas untuk memperbaiki dan mengembangkan perdagangan," ujar beliau.



Ahli akademik AS terkemuka Jeffrey Sachs pula agak kurang diplomatik dalam penilaiannya terhadap perhubungan perdagangan Trump, dengan membidas dakwaan berulang Presiden Amerika itu bahawa defisit dengan China dan negara-negara lain menggambarkan rakyat Amerika telah dipergunakan.



"Defisit perdagangan tidak (semestinya) bermaksud menipu oleh pihak yang lain... Ini adalah Amerika Syarikat yang cuba menghentikan pertumbuhan China - idea yang mengerikan," kata Sachs, pengarah Pusat Pembangunan Ketahanan di Columbia University, memberitahu seminar di Bali.



"Semua tuduhan terhadap China benar-benar melampau... Sangat dibesar-besarkan."



Laporan lanjut: Bali jadi tumpuan pemimpin negara, delegasi kewangan




"Kita perlu bekerjasama untuk menghindari dan menyelesaikan pertikaian perdagangan semasa... Kita perlu bersatu untuk memperbaiki sistem perdagangan semasa, tidak memusnahkannya."
Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Cik Christine Lagarde.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >